PAS bukan bawah pimpinan Ulama, tapi bawah Muhyiddin Kluster mahkamah
Oleh Adam Malik
Untuk menyatakan kebanggaan ahli ahli bawahan PAS bahawa mereka berada dibawah kepimpinan ulama ada lah satu pembohongan disiang hari.
Muugkin yang mengadap dan berhadapan dengan ahli PAS secara “direct” itu seorang bergelar ustaz atau lebai namun kesemua lebai lebai dan Ustaz itu di bawah kepimpinan utama PAS.
Namun pemimpin utama PAS semua nya berketua dan berimamkan yang bukan ulama dan berada dibawah Muhyiddin Yassin .
Kepimpinan PAS tidak memerintah didalam block Pembangkang
Hakikatnya yang bukan ulama miliki sedikit kerusi yang menjadi imam PAS.
Jadi sampai bila kepimpinan PAS mahu main wayang bersama ahli PAS?
Satu waktu dulu seorang penceramah PAS begitu mendabik dada menyatakan “Islam memimpin bukan dipimpin”.
Tapi hakikathya dengan kerusi paling banyak pun PAS dipimp8n oleh mereka yang miliki sedikit kerusi.
Jika dengan yang miliki ban6ak kerusi pun PAS terbelenggu jadi makmun sahaja, apa lagi esok nanti kerusi PAS jadi sedikit?
Kerusi paling banyak pun PAS sekadar jadi pembancuh kopi setara Parti GERAKAN didalam Perikatan Nasional.
Maka, PAS harus berhenti menipu rakyat dan ahlinya konon mereka berada dibawah kepimpinan Ulama.
Muhyiddin tidak pun menang bertanding pada jawatan Presiden, beliau menang jadi Presiden secara tidak demokratik.
Ini menjadikan PAS berada dibawah orang yang menang secara tebuk atap dan tidak mehdapat sokongan secara sah.
Selain itu Muhyiddin miliki banyak kes mahkamah dengan multiple charges yang akan beliau hadapi.
Hal ini membuat Muhyiddin orang yang seharus berundur dulu seperti yang pernah beliau saran kepada Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi satu waktu dulu.
Namun, cakap tidak serupa bikin dan muka tidak malu Muhyiddin tebal kulit muka tergila kuasa masih hendak berpaut kepada jawatan Presiden.
Apa pun konon PAS dipimpin oleh ulama sekadar retorik dan mitos sahaja.
Seluruh PAS berada dibawah kepimpinan bukan ulama didalam PN.
Mahathir dan Muhyiddin biarkan pemimpin PAS serta lebai lebai nya mengumpul banyak kerusi dari orang Islam melalui dakyah nya tetapi akhirnya semua mereka akan berada dibawah Mahathir dan Muhyiddin.
Jika ini bukan pembohongan disiang hari apakah ini?