Polis mohon sambung reman suspek bunuh Nur Farah Kartini

Oleh – Syeikh Baran


Polis mohon sambung reman suspek bunuh Nur Farah Kartini
Hussein ketika ditemui pemberita selepas meninjau lokasi pembunuhan Nur Farah Kartini di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, semalam. Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI./KOSMO!

Polis akan memohon lanjutan reman ke atas suspek kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, reman anggota polis berpangkat lans koperal itu akan tamat pada Isnin depan dan permohonan lanjutan akan dibuat berikutan terdapat banyak aspek siasatan yang belum diselesaikan.



“Siasatan masih di peringkat awal, polis akan membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh reman suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seramai 26 saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini, 25.

Ini selepas mayat mangsa yang berasal dari Miri, Sarawak ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada pukul 6 petang, Isnin lalu.

Antara saksi yang dirakam keterangan ialah rakan mangsa, rakan sekerja suspek dan saksi awam.



Suspek yang merupakan anggota polis di Perak direman selama tujuh hari bermula Selasa lalu sehingga 22 Julai ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button