PSG panik cari pengganti Mbappe

PSG panik cari pengganti Mbappe

PSG panik cari pengganti Mbappe
OSIMHEN dilapor menjadi sasaran utama PSG ketika ini yang terdesak untuk mendapatkan pengganti Mbappe yang berhijrah ke Real. – AFP

PARIS – Paris Saint-Germain meningkatkan usaha mereka untuk mendapatkan khidmat penyerang Napoli, Victor Osimhen untuk menjadi bintang baharu mereka.

Kelab gergasi Perancis itu terdesak untuk mendapatkan pengganti kepada Kylian Mbappe yang telah melengkapkan perpindahan ke Real Madrid menyebabkan mereka mencari pemain yang berprofil tinggi.

Biarpun sudah membelanjakan £150 juta (RM910.01 juta) untuk mendapatkan khidmat Goncalo Ramos dan Randal Kolo Muani pada musim panas lalu, PSG masih belum berpuas hati dan sedia membawa masuk Osimhen.



Osimhen yang berjaya membantu Itali merangkul gelaran Serie A pada 2023 sudah diberikan kebenaran untuk meninggalkan kelab itu selepas lebih setahun dikaitkan dengan perpindahan ke PSG, Arsenal dan Manchester United.

Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis sebelum ini meletakkan tanda harga sebanyak £150 juta untuk bersetuju melepaskan penggempur utamanya, namun tidak ada satu pasukan yang tampil untuk menyatakan persetujuan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hamzah Cuma Ada 4 Tahun Sebelum Di Pancung Mahathir Dan Muhyiddin




PSG dilapor bersedia dengan pakej yang lebih baik untuk memujuk Napoli apabila bukan sahaja bersedia dengan tawaran tunai, malah mereka sedia melepaskan dua pemain untuk menyertai kelab Serie A itu.

Napoli pula tidak mempunyai banyak pilihan bagi mengukuhkan kedudukan kewangan kelab apabila mereka gagal layak beraksi di semua kejohanan pentas Eropah musim depan.

Berita tersebut menggembirakan Chelsea apabila pemergian Osimhen membuka peluang untuk mereka menjual Romelu Lukaku yang dilapor menjadi idaman pengendali Napoli, Antonio Conte. – AGENSI

PSG panik cari pengganti Mbappe

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wan Ahmad Fayhsal Akan Di Gantung 6 Bulan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button