Wanita warga asing maut ditikam suami

Oleh – Syeikh Baran


Wanita warga asing maut ditikam suami
Mg Myo diburu polis bagi membantu siasatan kes bunuh isterinya di Batu Maung, Pulau Pinang.

Seorang wanita warga asing maut dipercayai ditikam dengan senjata tajam pada leher, dada dan kaki di tingkat tiga, Flat Taman Indah, Batu Maung, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam itu, orang awam menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.



Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa seorang wanita disyaki warga asing berumur 30-an berada dalam keadaan terlentang di kaki lima tingkat tiga di flat tersebut.

”Pemeriksaan awal mendapati badan mangsa terkesan luka tikaman pada bahagian leher, dada dan kaki disyaki disebabkan senjata tajam. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, susulan kejadian itu, usaha mengesan seorang lelaki warga Myanmar iaitu suami mangsa, Khin MH Myo,34, kini giat dijalankan.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan A. Ganthan di talian 014-9237366 atau 04-8662222,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button