5 rakan didakwa sebabkan kematian rakan dalam kolam mandi hotel

Oleh – Syeikh Baran


5 rakan didakwa sebabkan kematian rakan dalam kolam mandi hotel
Lima rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan melakukan perbuatan cuai atau gopoh sehingga menyebabkan kematian seorang lagi rakan mereka dalam kejadian di sebuah kolam mandi hotel di daerah ini, minggu lalu. Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

Lima sekawan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian rakan mereka di kolam mandi sebuah hotel di daerah ini minggu lalu.

Tertuduh, D Maharaj, 36, B Shanmugaservai, 34, Faezatun Firus Arifin, 42, R Praveena, 31, dan S. Suvipra, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.



Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan secara bersama, mereka menyebabkan kematian lelaki berusia 38 tahun dengan melakukan satu perbuatan gopoh atau cuai yang tidak terjumlah kepada kesalahan mematikan orang dengan salah.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 2 pagi dalam kolam mandi sebuah hotel di daerah ini pada 13 Julai lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal menawarkan jaminan RM8,000 bagi setiap tertuduh dan memohon syarat tambahan supaya tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan sehingga kes selesai.



Peguam Wan Syahir Wan Mohd Razi yang mewakili Maharaj, Shanmugaservai, Faezatun dan Suvipra memohon satu jaminan yang rendah kerana anak guamnyaa mempunyai tanggungan. Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM4,000.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button