Budak 11 tahun diperkosa lepas dibawa bersiar-siar

Oleh – Syeikh Baran


Budak 11 tahun diperkosa lepas dibawa bersiar-siar
Gambar Hiasan

Empat remaja lelaki termasuk dua yang masih bersekolah ditahan bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun pada Rabu lalu.

Kesemua suspek berusia 14 hingga 17 tahun itu ditahan dalam tangkapan berasingan di sekitar Teluk Intan antara pukul 3 petang hingga 10 malam semalam.



Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, tangkapan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Hilir Perak itu dijalankan susulan laporan polis dibuat mangsa pada pukul 12.26 tengah hari.

“Menurut mangsa, dia diperkosa secara bergilir-gilir oleh dua suspek dalam kereta ketika berada di kawasan air terjun pada pukul 6.30 petang.

“Mangsa memaklumkan dia dirogol seorang lagi suspek pada pukul 8.30 malam ketika mengikut lelaki itu pulang ke rumahnya di daerah Hilir Perak.

“Kejadian yang terakhir pula berlaku di kawasan semak pada pukul 12.30 tengah malam (Khamis) ketika kanak-kanak itu mengikut suspek keempat bersiar-siar,” katanya di sini hari ini.



Hasil soal siasat awal yang dijalankan ke atas kesemua suspek mereka megaku terlibat dalam kes tersebut.

Mangsa mengenali suspek pertama yang berusia 16 tahun melalui media sosial sebelum dia diperkenalkan kepada tiga suspek lain.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button