Lagi guru direman raba pelajar, datang rumah ajak kahwin

Oleh – Syeikh Baran


Lagi guru direman raba pelajar, datang rumah ajak kahwin
SUSPEK direman lima hari selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajarnya berusia 16 tahun.

Seorang lagi guru direman selama lima hari bermula hari ini selepas dipercayai meraba pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di sini, Mac lalu.

Perintah reman sehingga 23 Julai itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin terhadap suspek berusia 35 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.



Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap warna jingga tiba di mahkamah kira-kira pukul 9 pagi dengan diiringi anggota polis.

Difahamkan, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis mendakwa suspek memegang tangannya sebelum meraba tubuhnya ketika berada dalam bilik seni kira-kira pukul 2 petang.

Selepas kejadian itu, suspek yang juga duda anak satu muncul di rumah keluarga mangsa dan menyatakan hasrat ingin berkahwin dengan pelajar tersebut sejurus tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Susulan laporan itu, polis Bahagian Siasatan Seksual, Wanita & Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah Melaka kemudian menahan suspek pada pukul 2.45 petang semalam.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button