Nur Aina Faqihah sedang giat dikesan

Oleh – Syeikh Baran


Nur Aina Faqihah sedang giat dikesan
PELAJAR perempuan yang dilaporkan hilang di Felda Lurah Bilut di Bentong.

Polis masih giat mengesan seorang pelajar perempuan tingkatan lima yang hilang dari rumahnya di Felda Lurah Bilut, di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, usaha mengesan mangsa digerakkan selepas polis menerima laporan daripada bapa mangsa, Selasa lalu.



“Kita ada terima laporan dan masih mengesan mangsa dan kita juga keluarkan hebahan. Kes ini dikategorikan sebagai kes orang hilang (OH),” katanya, di sini hari ini.

Hari ini Kosmo! melaporkan, kes orang hilang semakin menjadi-jadi apabila tiga lagi kejadian terbaharu dilaporkan semalam membabitkan tiga remaja perempuan di Petaling Jaya, Sungai Petani, Kedah dan Bentong, Pahang.

Dalam kejadian di Bentong, seorang bapa dihimpit kebimbangan apabila anak perempuannya dilaporkan hilang dan gagal dikesan sejak Isnin lalu.

Shahrizan Mohd Daud, 44, berkata dia menyedari kehilangan Nur Aina Faqihah,17, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lurah Bilut selepas balik daripada bekerja pada Isnin lalu.



Katanya, Nur Aina ada memaklumkan kepada adiknya dia hendak keluar dan selepas itu anak ketiganya itu tidak lagi dapat dihubungi.

Ujarnya, selepas memeriksa bilik Nur Aina dia mendapati beg serta baju dan telefon bimbit anaknya itu telah tiada.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button