Qunut Nazilah PN Di Dewan Rakyat Untuk Melaknat Siapa

Qunut Nazilah PN Di Dewan Rakyat Untuk Melaknat Siapa

Qunut Nazilah PN Di Dewan Rakyat Untuk Melaknat Siapa

 

Di dalam sirah Rasulullah SAW, bahawa baginda SAW pernah membaca doa qunut nazilah ketika mana berlakunya suatu pengkhianatan dan pembunuhan ke atas beberapa sahabat Nabi SAW.

Terdapat beberapa hadis yang menceritakan kejadian tersebut.



Antaranya yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa:

أَنَّ رِعْلاً، وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَدُوٍّ، فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الأَنْصَارِ، كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ، كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ، حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ، وَغَدَرُوا بِهِمْ، فَبَلَغَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ، عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ‏

Maksudnya:

Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan meminta bantuan daripada Nabi SAW untuk menyediakan beberapa orang lelaki untuk memerangi musuh mereka.



Baginda SAW menghantarkan kepada mereka tujuh puluh orang lelaki dari golongan Ansar yang dikenali sebagai Al-Qura’ (penghafaz al-Quran).

Maka mereka ini membantu untuk mengumpul kayu api pada siang, dan bermunajat kepada Allah pada waktu malam.

Ketika mana mereka (golongan Ansar) sedang berada di lembah Ma’una, mereka dibunuh dan dikhianati.

Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah, baginda membaca qunut (nazilah) selama sebulan dalam solat subuh.



Baginda mendoakan (kecelakaan) ke atas puak Arab, Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan.

Riwayat al-Bukhari (4090)

Berdasarkan hadis di atas, Imam al-Nawawi mengatakan bahawa pendapat yang sahih di sisi mazhab al-Syafie adalah:

ان نزلت بالمسملين نَازِلَةٌ كَخَوْفٍ أَوْ قَحْطٍ أَوْ وَبَاءٍ أَوْ جَرَادٍ أَوْ نَحْوِ ذَلِكَ قَنَتُوا فِي جَمِيعِهَا وَإِلَّا فَلَا



Maksudnya:

Sekiranya ditimpa ke atas orang-orang Islam musibah seperti ketakutan, kebuluran, wabak, (serangan) belalang dan lain-lain, maka dibacakan qunut pada semua solat.

Namun jika tiada musibah, maka tidak perlu membaca qunut.

Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab – 3/475



Berdasarkan kepada sunnah Rasulullah SAW dan pendapat Imam Syafie, maka hukum membaca Qunut Nazilah adalah harus apabila umat ditimpa bencana.

Adakah Penggantungan Wan Fayhsal Adalah Bencana Untuk Umat Islam?

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

 



Sebaik sahaja persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan selepas keputusan menggantung keahadiran Wan Fayhsal dibuat, ahli parlimen membaca doa Qunut Nazilah.

Persoalannya, adakah tindakan ahli parlimen itu wajar dan kena pada tempatnya.

Seperti yang tercatat dalam sunnah Rasulullah SAW dan juga fatwa Imam Syafie ra, harus membaca doa Qunut Nazilah apabila umat Islam ditimpa musibah.

Tujuan doa Qunut Nazilah dibaca adalah untuk memohon pertolongan Allah SWT disamping memohon Allah SWT melaknat dan menghancurkan golongan yang menzalimi.

Dalam isu Wan Fayhsal, adakah umat Islam di Malaysia sedang dizalimi dan siapakah sebenarnya pihak yang menzalimi?

 

1 Julai yang lepas, Wan Fahysal menggunakan surat layang sebagai hujah bahawa kononnya ada dalang di dalam KWSP dalam urusniaga penjualan saham MAHB kepada BlackRock.

Berdasarkan surat layang tersebut, Wan Fayhsal mendakwa individu yang bernama Shahzuan Haris @ Juan adalah individu yang bertanggungjawab.

Malah Wan Fayhsal mendakwa, kakitangan KWSP tidak berani bersuara kerana Juan dikenali dengan sifat pembuli.

Timbul persoalan, adakah individu yang bernama Juan itu benar-benar wujud?

Agak menghairankan bagaimana boleh wujud seorang yang sangat berpengaruh dan berkuasa dalam KWSP hingga boleh menentukan keputusan Lembaga Pengarah KWSP.

Dan bolehkah Wan Fayhsal beritahu, apakah jawatan, jabatan dan cawangan KWSP Juan bertugas?

Lebih penting lagi, bolehkah Wan Fayhsal kemukakan siapakah yang menulis dan memberi surat layang tersebut?

Atau mungkinkah surat layang tersebut sebenarnya ditulis oleh Wan Fayhsal sendiri untuk menabur fitnah ke atas kakitangan dan pegawai KWSP?

Penulis tidak nampak ada keperluan untuk ahli parlimen PN membaca doa Qunut Nazilah selepas keputusan menggantung Wan Fayhsal dimuktamadkan.

Sebenarnya Wan Fayhsal yang menzalimi lebih 4,000 kakitangan KWSP seluruh negara.

Integriti mereka tercalar dan dipersoalkan akibat dari tuduhan liar yang boleh ditakrifkan sebagai fitnah Wan Fayhsal terhadap institusi KWSP.

Qunut Nazilah Yang Di Baca Untuk Melaknat Siapa Sebenarnya?

 

Ahli parlimen PN sibuk memperjuangkan Wan Fayhsal yang kononnya dizalimi.

Tetapi, adakah mereka fikirkan tentang kakitangan dan institusi KWSP yang tercalar integriti dan kredibiliti mereka?

Doa Qunut Nazilah dibaca untuk memohon Allah SWT menghancurkan dan melaknat golongan yang menzalimi.

Jadi, siapa sebenarnya yang ahli parlimen PN mahu supaya dilaknat Allah SWT?

 

Qunut Nazilah PN Di Dewan Rakyat Untuk Melaknat Siapa

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button