Reman COO syarikat konsesi lebuh raya disambung

Oleh – Syeikh Baran


Reman COO syarikat konsesi lebuh raya disambung
COO syarikat konsesi lebuh raya dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan sambungan reman hari ini. Foto Ihsan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat kebenaran menyambung reman seorang Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat konsesi lebuh raya disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000 yang membabitkan pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai kira-kira RM6 bilion.

Perintah sambung reman selama tiga hari mulai esok sehingga Isnin itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.



Sambung reman itu diperoleh selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini berikutan tempoh asal reman suspek tamat pada hari ini.

Pada 15 Julai lepas, SPRM telah menahan suspek kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.

Menurut sumber, suspek seorang lelaki yang berusia sekitar 50-an ditahan kira-kira jam 8 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Susulan penahanan itu, suspek telah di bawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada 16 Julai dan perintah reman selama empat hari sehingga hari ini telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.



“Siasatan awal mendapati suspek telah menerima rasuah berjumlah melebihi RM300,000 daripada pemilik-pemilik syarikat bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang yang bernilai kira-kira RM6 billion,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan sambungan tempoh reman tersebut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button