Suami isteri dera dua anak direman empat hari lagi

Oleh – Syeikh Baran


Suami isteri dera dua anak direman empat hari lagi
Pasangan suami isteri (dua dan tiga dari kanan) sewaktu direman di Mahkamah Majistret Kemaman, Isnin lalu.

Tempoh tahanan reman terhadap pasangan suami isteri yang disyaki mendera dua anak mereka di Jalan Jabur Kubur, Chukai, disambung empat hari lagi sehingga Selasa depan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, perintah reman terhadap ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak perempuan dan lelaki masing-masing berusia enam serta dan tahun itu bagi membolehkan kertas siasatan dilengkapkan.



“Kita dapat perintah sambungan reman selama empat hari di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Tambah beliau, polis juga sedang dalam proses mendapatkan laporan perubatan kedua-dua mangsa dan keterangan daripada pakar kanak-kanak bagi melengkapkan siasatan.

Pasangan suami isteri itu ditahan polis selepas disyaki mendera dua anak mereka selepas mendapat aduan daripada orang awam.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button