Tiga direman cuba langgar polis

Oleh – Syeikh Baran


Tiga direman cuba langgar polis
PASUKAN polis melakukan siasatan susulan insiden sekumpulan lelaki cuba melanggar polis sebelum beberapa das tembakan dilepaskan dalam kejadian di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam.

Tiga lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan kes langgar kenderaan dan cubaan mencederakan anggota polis di Taman Kota Masai, semalam.

Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan reman selama tujuh hari sehingga sehingga 25 Julai depan setelah dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar, Chan Lee Lee.



Permohonan reman dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di Bawah Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, sebelum kejadian itu, pihaknya sedang menahan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki tempatan untuk diperiksa.

Menurutnya, pada masa yang sama datang sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki berusia antara 25 hingga 45 tahun itu, dipandu secara melulu dan melanggar kenderaan polis.

“Berikutan insiden itu, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta tersebut bagi mempertahankan diri. Hasil pemeriksaan, ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Mohd. Suhaimi berkata, hasil ujian saringan air kencing juga mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Polis masih giat mengesan seorang lagi suspek berumur 25 tahun yang masih bebas dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintendan Mohd Afzan Musa menerusi talian 07-3871422.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button