Wanita kelaku kurang sopan depan IPK Pulau Pinang tular

Oleh – Syeikh Baran


Wanita kelaku kurang sopan depan IPK Pulau Pinang tular
Tangkap layar video tular kejadian seorang wanita melakukan aksi kurang sopan di Jalan Penang, George Town

Polis masih belum menerima laporan berhubung video tular membabitkan kejadian seorang wanita yang dikatakan berkelakuan kurang sopan di khalayak ramai di Jalan Penang, di sini.

Kejadian tersebut berlaku berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Kompleks Chowrasta.



Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, semalam satu klip video dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook ‘viralq’ yang memaparkan kejadian seorang individu mengganggu ketenteraman awam di jalan raya.

“Semakan mendapati kejadian tersebut berlaku di Jalan Penang, di sini dan sehingga kini tiada menerima sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menerusi video klip yang tular di media sosial, seorang wanita didapati melakukan aksi-aksi kurang sopan kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan.

Menerusi komen-komen pengguna media sosial, ramai mendakwa wanita tersebut kurang siuman dan dilihat merayau di sekitar pusat bandar.



Sumber – KOSMO! ONLINE

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button