F1: Jentera mungkin kecewakan Hamilton
F1: Jentera mungkin kecewakan Hamilton
MOGYOROD – Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton mengakui impian untuk menjuarai Grand Prix (GP) dua kali berturut-turut mungkin sukar untuk direalisasikan menjelang perlumbaan GP Hungary pada malam ini.
Sebagai rekod, Hamilton yang juga juara dunia tujuh kali berjaya menamatkan kemarau tiga tahun dengan muncul juara GP Britain pada awal bulan ini.
Namun, pelumba berusia 40 tahun itu mengakui prestasi jentera Mercedes sepanjang sesi ujian bebas di Litar Antarabangsa Hungaroring tidak begitu positif.
“Kita gagal mempamerkan kepantasan yang konsisten selain faktor cuaca yang tidak begitu baik. Jika situasi ini berkekalan, mungkin harapan untuk meraih keputusan positif pada perlumbaan sebenar nanti agak sukar.
“Situasi berbeza dengan dua pasukan pencabar seperti McLaren dan Red Bull yang dilihat begitu cemerlang pada sesi ujian kali ini. Sudah pasti mereka adalah pilihan untuk bergelar juara,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ajak UMNO Sertai Muafakat Melayu sekadar satu perangkap .
-
Hamzah Cuma Ada 4 Tahun Sebelum Di Pancung Mahathir Dan Muhyiddin
Dr Akmal Salah Punching Bag Atau Haziq Salah Gelanggang
Pandangan sama turut disuarakan oleh rakan sepasukan Hamilton, George Russell yang melihat jaguh McLaren, Lando Norris semakin menunjukkan belang dan berpotensi untuk mendominasi litar pada hari perlumbaan nanti.
“Prestasi McLaren sangat luar biasa. Norris kini berada dalam kelas berbeza tetapi pelumba Red Bull, Max Verstappen juga tidak jauh ketinggalan dan kami perlu bekerja keras jika mahu meraih sekurangnya kedudukan podium,” katanya. – AGENSI
F1: Jentera mungkin kecewakan Hamilton
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS bukan bawah pimpinan Ulama, tapi bawah Muhyiddin Kluster mahkamah
- Wan Ahmad Fayhsal Akan Di Gantung 6 Bulan
- Mungkinkah 20 Julai Akan Memberikan Sinar Kepada DS Najib?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :