Anju Dikatakan Mempunyai Hubungan Dengan Nedim

Ini Jawapan Nora Danish!

Anju Dikatakan Mempunyai Hubungan Dengan Nedim

Anju Dikatakan Mempunyai Hubungan Dengan Nedim
Anju Dikatakan Mempunyai Hubungan Dengan Nedim

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila pelakon Zarina Anjoulie atau lebih mesra dikenali sebagai Anju ada memuat naik hantaran dalam Instagram Story miliknya.

Rindu Kepada Nedim

Dalam hantaran itu, Anju ada menyatakan kerinduannya terhadap Nedim yang merupakan bekas suami kepada Nora Danish selang beberapa hari selepas Nora dan ahli perniagaan berkenaan bercerai.

I miss you Boss Ned



Perkongsian Anju itu mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen sehingga ada yang tertanya-tanya reaksi Nora biarpun mereka sudah berpisah pada 16 Jun lalu selepas tujuh tahun melayari rumah tangga.

Atas desas desus tersebut, Anju mendedahkan hubungannya dengan Nedim umpama abang dan adik.

Sudah Lama Mengenali

Anju Dikatakan Mempunyai Hubungan Dengan Nedim
via Instagram Boss Ned

Anju menyatakan bahawa dia mengenali Nedim sejak usia 19 tahun, malah keluarga Nedim termasuk bapanya, juga mengetahui persahabatan mereka

Nedim ibarat abang, hubungan kami tiada yang pelik-pelik. Kami berhenti berkawan selepas Nedim berumahtangga.



Bila masing-masing sudah berkahwin, kami berhenti berhubung sebagai menghormati antara satu satu sama lain.

Bagaimanapun, mereka hanya kembali berhubung selepas Nedim dan Nora bercerai, tetapi hubungan masih kekal sebagai abang dan adik.

Perkabaran mengenai desas desus ini juga telah sampai kepada Nora dan dia telah memberikan kenyataan mengenai perkara tersebut.

Tidak Mahu Campuri Urusan Bekas Suami

Anju Dikatakan Mempunyai Hubungan Dengan Nedim
via Instagram Nora Danish

Nora Danish menyifatkan ucapan mesra Anju kepada bekas suaminya hanyalah sekadar luahan rindu sebagai seorang sahabat baik.



Nora turut mengakui bahawa Anju dan Nedim sudah lama bersahabat dan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan aktres berkenaan.

Malah kata Nora, dia juga tidak kisah sekiranya Anju dan Nedim mempunyai hubungan lebih daripada seorang sahabat kerana dia sudah tidak ada kaitan dengan bekas suami.

Nora juga memberitahu dia tidak lagi mencampuri urusan peribadi bekas suami termasuklah dakwaan dilihat bersama wanita lain kerana mereka sudah mempunyai kehidupan sendiri dan memohon orang ramai tidak lagi bercerita kepadanya mengenai kehidupan Nedim.

Anju Dikatakan Mempunyai Hubungan Dengan Nedim


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button