Bayar balik pada BN bukan RM10 juta tetapi RM100 juta – Asyraf Wajdi

Oleh – Syeikh Baran


Bayar balik pada BN bukan RM10 juta tetapi RM100 juta – Asyraf Wajdi
Surat akuan sumpah yang telah ditandatangani oleh Jailani yang ditunjukkan Asyraf menerusi satu video yang dimuat naik hari ini.

UMNO mengambil tindakan mahkamah ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis susulan penyertaanya dalam Pas pada 10 Jun lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jailani sebelum ini telah menandatangani satu perjanjian iaitu Perjanjian Perwakilan Calon Barisan Nasional dan juga akuan bersumpah pada pilihan raya umum yang lalu.



Katanya, setiap calon yang mewakili Barisan Nasional sama ada di peringkat pilihan raya negeri mahu pun pilihan raya umum semuanya berbuat demikian.

“Ramai yang terkeliru dengan kenyataan Jailani yang kononnya beliau tidak ada sebarang keterikatan dengan parti apabila membuat pengisytiharan menyertai Pas tetapi haikikatnya dia sendiri telah menandatangani perjanjian dengan UMNO dan Barisan Nasional.

“Antara kandungan perjanjian itu, calon yang bertindak keluar atau menukar parti perlu meletakkan jawatan sebagai ahli Barisan Nasional, UMNO dan ADUN supaya satu pilihan raya kecil boleh diadakan.

“Mereka juga perlu membayar balik kepada Barisan Nasional sebanyak RM100 juta.



 

“Kes sebegini pernah terjadi kepada Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamaruddin yang melompat dari PKR dan mahkamah tinggi memutuskannya untuk membayar balik RM10 juta,” kongsinya di laman sosial.

Asyraf Wajdi menekankan, perlembagaan UMNO ini telah menjelaskan sejelas-jelasnya dan ini membezakanya dengan parti-parti lain.

“Di sini (perjanjian) menyatakan dengan jelas, mana-mana ahli yang menjadi ahli berdaftar parti politik lain, maka keahliannya gugur setelah disahkan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

“Jadi tepuk dada, tanya selera, sudah terhantuk baru nak terngadah. Kita jumpa di mahkamah,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button