Budak 6 tahun hilang ketika bermain di Eco Galleria

Oleh – Syeikh Baran


Budak 6 tahun hilang ketika bermain di Eco Galleria
JIA HUI.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan hilang ketika bermain di pusat perniagaan Eco Galleria 3, Taman Botani, di sini semalam.

Mangsa, Albertine Leo Jia Hui disedari hilang oleh bapanya kira-kira pukul 8.30 malam ketika bermain di sekitar kawasan perniagaan terbabit.



Difahamkan, mangsa disedari hilang oleh bapanya sebelum membuat pencarian di sekitar kawasan tetapi tidak menjumpainya.

Bapa mangsa telah meminta bantuan Pihak Polis Bantuan Eko Botani untuk mencari dan pengadu juga telah melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di bangunan tersebut dapati tiada sebarang pergerakkan mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, kali terakhir mangsa dilihat memakai baju berwarna putih terdapat logo Mickey Mouse di bahagian dada dan seluar pendek.

Ujarnya, orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai kedudukan kanak-kanak terbabit boleh menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Isnpektor Ridzuan Abd Hadi talian 017-7051097 atau menghubungi talian hotline IPD Iskandar Puteri 019-2792095 atau talian Bilik Gerakan 07-2212999.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button