Ciri baharu terbaik

Ciri baharu terbaik

Ciri baharu terbaik
PENGERUSI Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak (tiga dari kiri) bersama Dr Mohammad Hanis (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Raees Hussein Mohd Zulhusni dan Zya Filza Fauzi Abdul Fatah selepas merasmikan program Nuri Splash Fiesta dan melancarkan pelbagai ciri baharu Akaun Simpanan-i Nuri. -Gambar NSTP/HAZREEN MOHAMAD

BANK Rakyat menyasarkan 25,000 kanak-kanak dan remaja membuka Akaun Simpanan-i Nuri baharu sehingga akhir tahun ini susulan pelbagai ciri serta manfaat terkini dipertingkatkan menerusinya.

Bank Rakyat mengambil langkah inovatif memperkenalkan Akaun Simpanan-i Nuri Kids bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan Akaun Simpanan-i Nuri Teens bagi remaja berusia 12 hingga 18 tahun sebagai inisiatif memupuk semangat menyimpan dalam kalangan golongan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr Mohammad Hanis Osman berkata, sebelum ini, Akaun Simpanan-i Nuri hanya boleh dibuka ibu bapa atau penjaga dengan mengunjungi cawangan bank.



“Bagaimanapun, dengan ciri baharu diperkenalkan, proses pembukaan akaun lebih mudah dan pantas kini boleh dilakukan di platform digital Bank Rakyat Quick (BRICK).

“Dengan deposit serendah RM20 sahaja, pelanggan boleh menikmati pelbagai faedah seperti kadar keuntungan menarik sehingga 2.00 peratus setahun, keahlian Kelab Nuri secara automatik, peluang menyertai pelbagai aktiviti menarik serta menikmati pelbagai keistimewaan ditawarkan rakan kolaborasi Kelab Nuri seperti tawaran diskaun, tiket kemasukan percuma dan harga istimewa bagi barangan terpilih,” katanya pada program Nuri Splash Fiesta di SplashMania, Gamuda Cove di sini, semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Qunut Nazilah PN Di Dewan Rakyat Untuk Melaknat Siapa




Program itu menghimpunkan 150 pelajar yang mewakili program Sekolah Tanpa Tunai dan sekolah jemputan khas Bank Rakyat sebagai inisiatif memperkenalkan pelbagai ciri dan manfaat baharu Akaun Simpanan-i Nuri.

Mohammad Hanis berkata, Kelab Nuri memperkenalkan 39 rakan kolaborasi baharu seperti SplashMania @ Gamuda Cove, Pusat Tuisyen PTTI, Jumpstreet Malaysia, Selamatbercuti.com, Super Park dan Big Bounce Park serta banyak lagi untuk menawarkan lebih manfaat kepada ahli kelab.

“Di samping itu, Kad Debit-i Nuri dan Kad Keahlian Kelab Nuri kini berwajah baharu dengan reka bentuk menarik.

“Kad Debit-i Nuri boleh digunakan sebagai kad keahlian Kelab Nuri dan hanya diberikan kepada pelanggan berusia 12 sehingga 18 tahun, yang mana boleh digunakan di mana-mana mesin ATM Bank Rakyat atau ATM berlogo MEPS di seluruh negara.



“Nuri bukan sekadar jenama bagi produk perbankan Bank Rakyat untuk kanak-kanak, tetapi simbolik sebagai wira atau pun hero kepada golongan kanak-kanak dan remaja sejak Akaun Simpanan-i Nuri diperkenalkan pada 1994,” katanya.

Ciri baharu terbaik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button