Gelagat Syatilla Melvin Lihat Suami Makan Banyak [VIDEO]

Cetus Perhatian Netizen!

Gelagat Syatilla Melvin Lihat Suami Makan Banyak [VIDEO]

Gelagat Syatilla Melvin Lihat Suami Makan Banyak [VIDEO]
Gelagat Syatilla Melvin Lihat Suami Makan Banyak [VIDEO]
Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.

Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.

Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.



“Kalau Dia Kata Kurus Memang kurus, Kalau Dia Nak Gemok Memang Gemok”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Syatilla Melvin yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 532 ribu, tanda suka sebanyak 24 ribu dan sebanyak 189 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Syatilla Melvin yang memberitahu bahawa suaminya tidak mahu makan akan tetapi tetap memesan makanan.

“Dia cakap dia tak lapar masa aku ajak makan, sekali nohh. Ya Allah Shaheizy Sam aku!!”-Kata Syatilla Melvin

@samtilla82



Kejadian lepas live semalam. Dia cakap dia xlapaq masa aku ajak makan😭😭😭ya allah shaheizy sam aku!!!!!!😭😭😭

♬ original sound – SyatillaMelvin – SyatillaMelvin

Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Shaheizy Sam merupakan seorang yang berdisiplin dengan kerjayanya, apabila dia perlu kurus maka dia akan kurus manakala sekiranya dia perlu gemuk, maka dia akan gemuk.

Gelagat Syatilla Melvin Lihat Suami Makan Banyak [VIDEO]

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button