Isu Qunut Nazilah Di Dewan Rakyat: Agamawan Tidak Setuju Tapi Pemimpin PAS Pertahankan

Isu Qunut Nazilah Di Dewan Rakyat Agamawan Tidak Setuju Tapi Pemimpin PAS Pertahankan

Isu Qunut Nazilah Di Dewan Rakyat: Agamawan Tidak Setuju Tapi Pemimpin PAS Pertahankan

 

Isu pemimpin Perikatan Nasional, terutamanya dari PAS membaca doa Qunut Nazilah terus menjadi polemik di kalangan masyarakat.

Beberapa orang agamawan tampil memberikan pandangan mereka mengenai isu tersebut.



Pengerusi Pondok Rumi Sufi Jawi, Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli, melihat perbuatan orang politik yang melakukan doa Qunut Nazilah ke atas musuh politik adalah juhala’ (bodoh).

“Tidak boleh mendoakan Qunut Nazilah kepada seseorang Muslim dan warganegara Malaysia bukan Islam.”

“Mereka yang melakukan demikian adalah kelompok juhala’ yang boleh membawa kezaliman,” tegas beliau.

Manakala penyelidik dan penterjemah lulusan Universiti Yarmouk, Jordan, Marwan Bukhari A Hamid pula menegaskan:



“Perbezaan politik yang berlaku di Malaysia masih dalam kerangka betul atau salah, bukannya di antara iman dan kufur.”

“Tindakan membaca Qunut Nazilah kepada musuh politik sebagaimana kita saksikan sekarang adalah salah dan tidak dibenarkan agama,” tegas beliau.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Abu Hafiz Salleh Hudin, pula menyuarakan rasa bimbang jika amalan tersebut dibiarkan merebak dengan meluas.

Beliau turut menyuarakan bahaya sekiranya Qunut Nazilah dinormalisasikan sesama Muslim.



Ia pernah digunakan oleh pelajar sebelum memulakan kejohanan sukan ragbi di Sabak Bernam, Selangor serta Taiping, Perak.

“Tanpa kawalan atau pencegahan ia boleh membawa kepala amalan kafir mengkafir seperti yang pernah berlaku suatu masa dulu di negara ini.”

“Orang Islam yang ditujukan doa Qunut Nazilah maka akan dianggap secara langsung atau tidak langsung seperti orang kafir,” jelas beliau.

Lebih menyedihkan lagi, akibat perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut, amalan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW kini menjadi polemik politik.



Ia jelas satu perbuatan yang melampaui batas.

Rasulullah SAW membacakan Qunut Nazilah kerana berlakunya kezaliman ke atas umat Islam oleh musuh kerana isu perbezaan aqidah.

Sedangkan Qunut Nazilah yang dibaca oleh pemimpin PAS ditujukan kepada pemimpin yang mempunyai aqidah yang sama hanya kerana wujudnya perbezaan ideologi politik.

 



Isu Qunut Nazilah Di Dewan Rakyat: Agamawan Tidak Setuju Tapi Pemimpin PAS Pertahankan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button