Jailani Khamis Berhadapan Saman RM100 Juta Dan Hilang Kerusi DUN Rembia

Jailani Khamis Berhadapan Saman RM100 Juta Dan Hilang Kerusi DUN Rembia

Jailani Khamis Berhadapan Saman RM100 Juta Dan Hilang Kerusi DUN Rembia

 

Pat pat siku lipat, siapa suruh mintak, kan dah mendapat.

Orang-orang tua dah lama berpesan, sarang tebuan jangan dijolok, kalau dijolok, buruk akibatnya.



Bekas ahli UMNO yang juga masih menjadi ADUN Rembia setakat hari ini, berhadapan dengan saman RM100 juta dan hilang kerusi DUN Rembia kerana melompat parti.

Sebenarnya UMNO sudah lama menahan marah dengan kerenah Jailani Khamis.

2 kali melompat parti dan 2 kali hadir sepentas dengan musuh politik UMNO dalam pilihanraya sudah lebih dari cukup memberitahu kita siapa Jailani Khamis.

Kali ini nampaknya Jailani Khamis betul-betul check mate.



Dakwaan Jailani Khamis ternyata meleset.

Beliau menyangka UMNO tidak akan dapat melakukan apa-apa.

Ini adalah kerana beliau melompat sebelum Akta Anti Lompat Parti diluluskan DUN Melaka, ternyata meleset.

Isu mengapa pengumuman melompat parti tertangguh selama lebih setahun adalah isu nombor sepuloh.



Jailani Khamis lupa, masa dia bergolek-golek nak jadi calon UMNO/BN dalam pilihanraya negeri Melaka yanh ke 15, beliau sudah tandatangan surat akujanji.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

 



Perkara ini didedahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Sebelum menjadi calon UMNO/BN dalam pilihanraya negeri Melaka kali ke 15, Jailani Khamis udah menandatangani surat akujanji.

Dalam surat akujanji tersebut, Jailani Khamis secara jelas menyatakan:

  • Sekiranya beliau meninggalkan atau bertukar haluan dari menyokong UMNO atau mana-mana parti komponen Barisan Nasional, maka kerusi yang dimenangi akan dikosongkan untuk memberi laluan kepada pilihanraya kecil.
  • Membayar balik kepada Barisan Nasional sebanyak RM100 juta.

Ternyata Jailani Khamis sudah terperangkap dengan permainan beliau sendiri.



Rasanya sudah boleh gerakkan tin Milo untuk mengutip derma, RM100 juta banyak tu Jai.

Tapi, adakah orang yang nak derma nanti?

 

Jailani Khamis Berhadapan Saman RM100 Juta Dan Hilang Kerusi DUN Rembia

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button