Jamal Abdillah Dedah Duit Hilang Setelah Lama Menyertai Bursa Pelaburan
Kerugian Sebanyak RM2 Juta
Jamal Abdillah Dedah Duit Hilang Setelah Lama Menyertai Bursa Pelaburan
Sebelum ini Datuk Jamal Abdillah, ada mendedahkan bahawa dia telah kerugian sebanyak RM2 juta akibat kegagalan sebuah syarikat pelaburan yang disertainya membayar dividen serta memulangkan semula wang pelaburan kepadanya.
Duit 2 Juta Hilang
Atas kejadian tersebut, Jamal mendedahkan bahawa dia berasa sedih dan ralat kerana duit simpanannya hilang dan lesap terus.
Malah Jamal juga menyatakan bahawa kejadian ini merupakan salah satu ujian buatnya.
Jamal menjelaskan bahawa dia tampil membuat pendedahan mengenai kes itu kerana mahu memberi kesedaran kepada orang ramai.
Saya memang aktif bermain stok dan bursa saham sebelum ini serta melabur dalam syarikat pelaburan itu enam tahun lalu iaitu sekitar 2018.
Masa tu, saya juga kurang kesedaran mengenai ‘scammer’ berbanding sekarang yang semakin berleluasa.
Pada masa sama, saya tengok pelabur sedia ada juga syarikat besar yang sangat meyakinkan.
Sepatutnya, ia sudah tempoh matang pada tahun lalu dan saya boleh dapat duit pelaburan itu semula.
Percaya Kepada Rezeki Allah
Ditanya peluang untuk dapat wangnya semula, kata Jamal, dia percaya kepada soal rezeki dari Allah S.W.T.
Kata Jamal lagi, ia juga kali kedua dia pernah mengalami kerugian dan menjadi mangsa penipuan sebelum ini yang telah merugikan sebanyak RM200 ribu.
Sementara itu, ditanya perkembangan kes membabitkan syarikat pelaburan itu pula, kata Jamal, dia masih menunggu tindakan selanjutnya dari pihak mahkamah dan tidak mahu memberikan komen yang lebih.
Jamal Abdillah Dedah Duit Hilang Setelah Lama Menyertai Bursa Pelaburan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mana Pergi Mahathir Dan Muhyiddin Ketika Istiadat Pertabalan Agong, Tak Di Jemput Ker?
- Isu Qunut Nazilah Di Dewan Rakyat: Agamawan Tidak Setuju Tapi Pemimpin PAS Pertahankan
- Jailani Khamis Berhadapan Saman RM100 Juta Dan Hilang Kerusi DUN Rembia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”