Johnathan lebih ‘sempurna’ hadapi Olimpik Paris

SEPANG – Penembak negara, Johnathan Wong Guanjie sudah bersiap sedia memulakan cabaran di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mengakui segala kelengkapan persediaan untuk membutirkan pingat emas di temasya sukan terbesar dunia itu telahpun dipenuhi.

Tegas Johnathan, persiapannya untuk menghadapi penampilan kedua di temasya empat tahun tersebut lebih baik berbanding edisi 2016 di Sukan Olimpik Rio selepas menerima bantuan dari semua pihak terutama Institut Sukan Negara (ISN) membantu menyiapkan dirinya.

Selain itu, bekalan menyertai beberapa kejohanan antarabangsa terutama penyertaan terakhir di siri Piala Dunia di Munich, Jerman dilihat menjadi bekalan terbaik kepadanya untuk lebih menyerlah di Sukan Olimpik nanti.

“Saya rasa pada penampilan Olimpik kali kedua saya ini, persiapan memang mencukupi dan saya bersedia untuk bertolak ke Paris. Saya akan buat yang terbaik sebab kita pun sudah jalankan persiapan yang cukup berbanding edisi Sukan Olimpik sebelum ini . Saya rasa ini adalah persiapan terbaik pernah saya lakukan.

Johnathan lebih ‘sempurna’ hadapi Olimpik Paris
JOHNATHAN bersedia hadapi Paris 2024.

“Saya telah dilengkapkan dengan segala aspek dan kali ini kita juga telah buat latihan simulasi dan juga mendapat bantuan dari Institut Sukan Negara (ISN) serta turut melakukan persiapan meramal segala senario dalam persiapan ke Paris.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Qunut Nazilah PN Di Dewan Rakyat Untuk Melaknat Siapa


“Apapun, saya bersedia untuk hadiahkan emas buat negara. Siapa yang tak inginkan emas. Saya cuba untuk beri yang terbaik dan saya harapkan sokongan dan doa dari semua semoga beroleh kejayaan di Paris nanti,” katanya.

Dalam persediaannya ke Olimpik, Johnathan, 31, berjaya meraih pingat perak ketika menyertai Kejohanan Terbuka Denmark pada Februari lalu.



Menjelang di Olimpik Paris nanti, Johnathan perlu melepasi pusingan kelayakan dan hanya lapan terbaik daripada 33 atlet daripada pusingan kelayakan akan mara ke pentas final.

Pada Sukan Olimpik Rio, beliau gagal layak ke final sebagai lapan terbaik, selepas hanya menamatkan cabaran pada tempat ke-28 daripada 46 peserta. -KOSMO! ONLINE

Johnathan lebih ‘sempurna’ hadapi Olimpik Paris

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button