Komen Ernie Zakri Selepas Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Masing-Masing’ Versi Tradisional [VIDEO]
Raih perhatian!
Komen Ernie Zakri Selepas Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Masing-Masing’ Versi Tradisional [VIDEO]
![Komen Ernie Zakri Selepas Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Masing-Masing’ Versi Tradisional [VIDEO]](https://my-tv.online/wp-content/uploads/2024/07/Untitled-design-25-750x422-2.jpg)
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Mesti Best Kalau Tokti Duet Lagu Tradisional Dengan Ernie Zakri”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Tokti yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 105 ribu, tanda suka sebanyak 13 ribu dan sebanyak 468 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang menyanyikan lagu Ernie Zakri yang berjudul Masing-Masing versi Tradisional secara santai sehingga meraih perhatian dari peminatnya itu. Tambah pula pada video tersebut, Ernie Zakri sempat meninggalkan komen selepas mendengar Tokti menyanyikan lagunya itu.
Watch on TikTok
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa alangkah seronoknya jika Tokti mempunyai lagu tradisional yang berduet bersama Ernie Zakri. Tambah mereka lagi, mereka inginkan lebih banyak lagu tradisional yang bagus-bagus seperti dahulu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Komen Ernie Zakri Selepas Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Masing-Masing’ Versi Tradisional [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mana Pergi Mahathir Dan Muhyiddin Ketika Istiadat Pertabalan Agong, Tak Di Jemput Ker?
- Isu Qunut Nazilah Di Dewan Rakyat: Agamawan Tidak Setuju Tapi Pemimpin PAS Pertahankan
- Jailani Khamis Berhadapan Saman RM100 Juta Dan Hilang Kerusi DUN Rembia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :