Kontraktor miliki bahan berunsur kumpulan pengganas IS didakwa

Oleh – Syeikh Baran


Kontraktor miliki bahan berunsur kumpulan pengganas IS didakwa
MOHAMAD AWANG (tengah) dituduh menyokong dan memiliki bahan berkaitan kumpulan penganas Islamic State (IS) dan Daesh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini. – Foto BAZLAN IBRAHIM

Seorang kontraktor didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana memiliki item yang berunsur keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas IS di dalam telefon bimbit dan komputer riba miliknya, akhir bulan lalu.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohamad Awang, 48, yang juga hanya menyatakan faham, apabila pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari.



Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Taman Daya, kira-kira pukul 7.05 pagi pada 23 Jun lalu. mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dilucutkan hak bahan-bahan berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Unit Jenayah Berat Jabatan Peguam Negara, Rullizah Abdul Majid dan Lina Hanani Ismail manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan tiada jaminan ditawarkan ke atas kedua-dua tertuduh berikutan mereka ditahan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang didakwa dengan kesalahan keselamatan.

Hakim kemudian memerintahkan tiada jaminan diberikan terhadap kesemua tertuduh dan menetapkan 18 September depan ditetapkan tarikh sebutan semula kes, selain pendakwaan kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button