Lamborghini RM1.2 juta terbabas rempuh tiang

Okeh – Syeikh Baran


Lamborghini RM1.2 juta terbabas rempuh tiang
Kereta Lamborghini yang remuk di bahagian hadapan selepas merempeh sebatang tiang di London. – UKNIP

Sebuah kereta jenama Lamborghini yang berharga kira-kira £200,000 (RM1.2 juta) remuk selepas merempuh sebatang tiang di tepi jalan di London, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Nahas itu menyebabkan kerosakan besar pada bahagian hadapan Lamborghini tersebut, dengan serpihan bertaburan di atas jalan.



Tiada kecederaan serius dilaporkan, namun pemandu dan penumpang dirawat di tempat kejadian kerana mengalami cedera ringan.

Seorang saksi melaporkan bahawa dia terdengar bunyi rempuhan kuat sebelum kereta Lamborghini yang bergerak laju itu hilang kawalan lalu melanggar tiang berhampiran stesen kereta api Wapping. 

Polis Metropolitan mengesahkan bahawa pihaknya menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. 

“Kami sedang meneliti semua aspek kejadian, termasuk kelajuan kenderaan dan keadaan jalan ketika nahas,” kata jurucakap polis. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button