Mana Pergi Mahathir Dan Muhyiddin Ketika Istiadat Pertabalan Agong, Tak Di Jemput Ker?
Mana Pergi Mahathir Dan Muhyiddin Ketika Istiadat Pertabalan Agong, Tak Di Jemput Ker?
Istiadat Pertabalan DYMM SPB YDP Agong ke 17, Sultan Ibrahim, telah selamat disempurnakan di Istana Negara pada 20 Julai 2024 yang lalu.
Sudah menjadi kebiasaan, dalam istiadat negara sebegini, kesemua pemimpin dan juga bekas pemimpin negara akan dijemput untuk meraikannya.
Juga menjadi kebiasaan, sempena pertabalan YDP Agong, baginda akan memberikan pengampunan kepada beberapa banduan yang berada di dalam penjara.
Kita berharap, nama DS Najib akan turut disenaraikan untuk mendapatkan pengampunan kali kedua dari YDP Agong ke 17.
Tetapi bukan isu itu yang hendak penulis kupas kali ini.
Sebagaimana yang penulis katakan, kelazimannya, dalam istiadat negara begini, kesemua pemimpin dan bekas pemimpin negara akan dijemput sebagai tetamu kehormat.
Ini termasuklah, perdana menteri dan juga bekas perdana menteri yang masih ada.
Bekas perdana menteri yang masih hidup ada seramai 4 orang.
DS Najib Tun Razak, Dr Mahathir Mohammed, Muhyiddin Yasin dan juga Ismail Sabri.
DS Najib sudah tentulah tidak dapat hadir kerana beliau masih lagi terkurung di Penjara Kajang.
Dr Mahathir pula, khabarnya sedang ‘melancong’ ke Institut Jantung Negara.
Biasalah, Institut Jantung Negara kan destinasi kegemaran Dr Mahathir, lebih-lebih lagi bila beliau kena hadir ke mahkamah.
Mesti beliau akan ‘melancung’ ke Institut Jantung Negara.
Ismail Sabri pula, penulis ada nampak kelibat beliau ketika Istiadat Pertabalan tersebut.
Tapi macam biasalah, ibarat melukut di tepi gantang, mungkin kerana beliau pun sudah tidak berapa aktif dalam politik.
Lagi pun, beliau jadi perdana menteri secara tebuk atap, sudahlah tebuk atap, perdana menteri paling singkat perkhidmatannya.
Tebuk atap dengan melukut tepi gantang tu kira sekufu lah.
Paling menimbulkan persoalan, kenapa kelibat Muhyiddin langsung tak kelihatan.
Nak kata melancung ke Institut Jantung Negara, tidak.
Nak kata keluar negara sebab nak cari menantu yang hilang pun tidak, sebab mahkamah tahan paspot beliau.
Apakah mungkin beliau tidak dijemput, kesiannya…
Mana Pergi Mahathir Dan Muhyiddin Ketika Istiadat Pertabalan Agong, Tak Di Jemput Ker?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Qunut Nazilah PN Di Dewan Rakyat Untuk Melaknat Siapa
- Wan Ahmad Fayhsal Akan Di Gantung 6 Bulan
- Mungkinkah 20 Julai Akan Memberikan Sinar Kepada DS Najib?