MASIH TUNGGU PENJELASANMICROSOFT: TONY

MASIH TUNGGU PENJELASANMICROSOFT: TONY

MASIH TUNGGU PENJELASANMICROSOFT: TONY
AIRASIA menguruskan operasi secara manual, bermula daripada daftar masuk, mencetak pas kemasukan sehingga kepada penghantaran bagasi, dengan lebih 100 sukarelawan Allstar membantu di lapangan terbang pada hari gangguan IT global.

GANGGUAN teknologi maklumat (IT) global yang mencetuskan kegagalan sistem serta huru-hara dalam urusan orang ramai menyebabkan banyak syarikat penerbangan kehilangan pendapatan mencecah jutaan ringgit, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.

Fernandes menerima permohonan maaf CrowdStrike, tetapi menekankan bahawa syarikat penerbangan masih menunggu penjelasan daripada Microsoft mengenai insiden itu.

“Syarikat-syarikat teknologi tidak memiliki empati. Semasa kami berhadapan dengan Covid-19, mereka tidak bertimbang rasa. Sekarang mereka mempunyai masalah dan mengharapkan kami perlu faham. Syarikat penerbangan memerlukan jawapan dan ganti rugi,” katanya dalam catatan LinkedIn, kelmarin.



CrowdStrike Holdings Inc, sebuah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di Austin, Texas, menyediakan perlindungan titik akhir, risikan ancaman dan perkhidmatan tindak balas serangan siber.

Berdasarkan huru-hara yang terjadi Jumaat lalu, Fernandes menekankan kepentingan untuk belajar dan berkembang daripada situasi itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Qunut Nazilah PN Di Dewan Rakyat Untuk Melaknat Siapa




Beliau ketika menjelaskan lebih lanjut mengenai gangguan itu berkata, keadaan nampaknya stabil pada hari kedua gangguan IT global yang merencatkan operasi AirAsia di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Tetapi kami tidak leka. Kami bersedia untuk sebarang gangguan selanjutnya,” katanya.

Syarikat penerbangan itu menguruskan operasi secara manual, bermula daripada daftar masuk, mencetak pas kemasukan sehingga kepada penghantaran bagasi, dengan lebih 100 sukarelawan Allstar membantu di lapangan.

“Ini mengingatkan saya pada zaman awal kami 23 tahun lepas apabila semuanya dilakukan secara manual. Kami berbangga kerana kami meminimumkan pembatalan penerbangan disebabkan ketangkasan kami untuk beralih kepada operasi manual dan komitmen ikhlas kami bagi berkhidmat kepada rakyat,” tambahnya.



AirAsia meneruskan operasi daftar masuk dalam taliannya pada 2 petang Sabtu, berikutan masalah IT global yang bermula petang Jumaat.

Jumaat lalu, institusi utama, termasuk syarikat penerbangan, bank, saluran media dan hospital di beberapa negara, dilaporkan terjejas oleh gangguan IT global yang dikaitkan dengan CrowdStrike. – Bernama

MASIH TUNGGU PENJELASANMICROSOFT: TONY

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button