Olimpik Paris: Dijuji 200 ujian doping selama 10 hari

Olimpik Paris: Dijuji 200 ujian doping selama 10 hari

Olimpik Paris: Dijuji 200 ujian doping selama 10 hari
HAIYANG antara perenang yang menjadi sandaran utama skuad renang China pada Olimpik Paris kali ini. – AFP

PARIS – Skuad renang China berdepan tekanan apabila mereka dilaporkan telah melakukan ujian doping sebanyak 200 kali dalam tempoh 10 hari sejurus tiba di Perancis untuk menyertai Sukan Olimpik Paris 2024.

Dakwaan tersebut dibuat oleh salah seorang staf sokongan pasukan itu sebelum hantaran yang dimuat naik di media sosial itu telahpun dipadam.

Disiarkan di laman Weibo oleh pakar pemakanan pasukan renang China, Yu Liang, hantaran itu mengenai kekerapan dan masa ujian anti doping dijalankan Agensi Pengujian Antarabangsa (ITA).



“Kami tiba (untuk ujian) bermula pukul 6 pagi dan ketika rehat makan tengahari, kami juga tidak sempat untuk berehat melainkan di sofa lobi hotel. Kami datang semula sekali lagi pada pukul 9 malam dan terpaksa berjaga sehingga lewat tengah malam,” menurut hantaran berkenaan.

China telah menghantar 31 perenang untuk menyertai Olimpik Paris dan Yu Liang menegaskan bahawa setiap atlet telah diuji lima hingga tujuh kali dalam tempoh 10 hari selepas tiba di Paris pada 6 Julai lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Qunut Nazilah PN Di Dewan Rakyat Untuk Melaknat Siapa




Yu Liang menegaskan staf agensi yang mengambil ujian doping menjelaskan bahawa perenang China memberi kerjasama dengan baik dan tidak dapat membayangkan jika atlet pasukan lain yang berdepan situasi seperti itu.

Pendedahan tersebut mencetus kemarahan di media sosial China dan mendakwa atlet mereka tidak dilayan sewajarnya serta terdapat cubaan untuk menjejaskan prestasi menjelang Olimpik Paris.

Pada April lalu, dilaporkan seramai 23 perenang China diuji positif trimetazidine (TMZ) pada Januari 2021 dan dikesan tujuh bulan sebelum Olimpik Tokyo 2020.

11 daripada perenang yang terpalit skandal doping itu akan menyertai temasya sukan di Paris kali ini termasuk pemegang rekod dunia 200 meter (m) kuak dada lelaki, Qin Haiyang dan pemenang dua emas di Olimpik Tokyo, Zhang Yufei.



Haiyang dan Yufei adalah perenang yang paling banyak diuji pada 2023 dengan mereka berdua telah melalui lebih 40 kali ujian termasuk seorang lagi rakan sepasukan, Li Bingjie. – AGENSI

Olimpik Paris: Dijuji 200 ujian doping selama 10 hari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button