Pemandu lori gilis warga emas didapati positif morfin

Oleh – Syeikh Baran


Pemandu lori gilis warga emas didapati positif morfin
Samsudin meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik, Baling pagi tadi.

Seorang pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal warga emas di sini hari ini didapati positif dadah jenis morfin.

Dalam kejadian di Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik kira-kira pukul 10.36 pagi itu, mangsa, Samsudin Bakar, 71, yang menunggang motosikal jenis Sym maut di lokasi kejadian.



Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian
dipercayai kejadian berlaku apabila lori jenis Isuzu yang sedang bergerak di laluan belakang bergesel motosikal mangsa.

“Lori tersebut datang dari arah Kota Bharu menghala ke KTC Kulim Hi-Tech untuk menghantar barang, manakala mangsa dari arah yang sama iaitu dari arah Kuala Pegang menghala ke Keledang.

“Kejadian tersebut menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya arah ke Kulim kemudian tayar belakang sebelah kanan lori itu menggilis bahagian kepala mangsa,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.



“Pemandu lori yang mempunyai 10 rekod lampau telah menjalani ujian saringan urin dan didapati positif morfin ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambahnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button