Penduduk cuba kejar Bezza, tapi gagal

Oleh – Syeikh Baran


Penduduk cuba kejar Bezza, tapi gagal
DUA kanak-kanak perempuan yang ‘dilarikan’ oleh lelaki yang menaiki sebuah Perodua Bezza.

“Kami bersyukur mereka berdua terselamat dalam kejadian (culik) itu tanpa mengalami sebarang kecederaan.”

Demikian kata ahli keluarga salah seorang seorang kanak-kanak perempuan yang hilang lebih sejam dipercayai dilarikan lelaki yang memandu kereta Perodua Bezza di Jeram di sini kelmarin



Wanita yang enggan dikenali itu berkata, ketika kejadian, mangsa berusia enam dan lapan tahun sedang bermain di kawasan taman perumahan pada pukul 5.30 petang.

“Saya dimaklumkan mereka bermain dengan seorang lagi kanak-kanak perempuan ketika kejadian.

“Rakan mereka yang tidak turut serta menaiki kereta itu memaklumkan perkara tersebut kepada ibunya,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Menurut wanita itu, penduduk kemudian ternampak dua kanak-kanak tersebut berjalan selepas turun dari kereta Perodua Bezza di taman perumahan berdekatan.



“Penduduk cuba mengejar kereta tersebut, namun gagal. Selepas diperiksa, kami lega melihat kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Jelasnya, pihak keluarga menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan menyeluruh termasuk motif.

“Saya juga berharap pihak berkuasa memperketatkan rondaan di kawasan tersebut bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button