Remaja maut terjatuh parit selepas kemalangan

Oleh – Syeikh Baran


Remaja maut terjatuh parit selepas kemalangan
Keadaan motosikal milik mangsa selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor.

Seorang remaja lelaki maut terjatuh ke dalam parit selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Dato Hussin, Kampung Bukit Kuching di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.32 pagi.



Katanya, berdasarkan maklumat awal kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Axia dan motosikal jenis Yamaha LC135.

“Penunggang motosikal yang juga remaja lelaki berusia 16 tahun telah terjatuh ke dalam parit sedalam lima meter

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” jelas dalam kenyataan hari ini.

Sumber – KOSMO!ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button