‘Vlogger’ mukbang meninggal dunia akibat terlebih makan

Oleh – Syeikh Baran


‘Vlogger’ mukbang meninggal dunia akibat terlebih makan
Xiaoting melakukan penstriman langsung mukbang di rumah sewanya baru-baru ini. – Oddity Central

Seorang pencipta kandungan dari China yang dikenali kerana banyak menghasilkan video mukbang, meninggal dunia akibat mengamalkan tabiat makan berlebihan, lapor laman berita Oddity Central. 

Pan Xiaoting, 24, disahkan maut semasa melakukan penstriman langsung di platform media sosial.



Menurut pakar, bedah siasat menunjukkan perut Xiaoting dipenuhi makanan yang tidak dihadam dengan sempurna. 

Lebih memburukkan keadaan adalah dia mengalami kecederaan teruk pada bahagian ususnya. 

Xiaoting mula menceburi bidang mukbang selepas menonton video di laman perkongsian video, Youtube, yang menampilkan ‘vlogger’ makan makanan dalam kuantiti banyak. 

Dia memutuskan untuk berhenti kerja sebagai pelayan dan menyewa sebuah bilik untuk dijadikan studio bagi aktiviti mukbang tersebut.



Meskipun beratnya mencecah 300 kilogram, Xiaoting tidak berhenti makan sehingga dia dimasukkan ke hospital akibat mengalami pendarahan dalam perut. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button