Fazura Dan Suami Akui Sepakat Untuk Tidak Lagi Menunjukkan Kemesraan Di Media Sosial

“Saya Dan Fattah, Okay”

Fazura Dan Suami Akui Sepakat Untuk Tidak Lagi Menunjukkan Kemesraan Di Media Sosial

Fazura Dan Suami Akui Sepakat Untuk Tidak Lagi Menunjukkan Kemesraan Di Media Sosial

Aktres popular Nur Fazura Sharifuddin, yang lebih dikenali sebagai Nur Fazura, baru-baru ini menafikan spekulasi yang mendakwa rumah tangganya dengan suami, pelakon Fattah Amin, sedang bergolak.

Spekulasi tersebut mula tular beberapa bulan lalu, mencetuskan pelbagai reaksi dari peminat.



Dalam satu kenyataan, Fazura, 40, mengakui terkejut dengan cerita yang tersebar itu dan menjelaskan bahawa hubungannya dengan Fattah berada dalam keadaan baik.

Fazura Dan Suami Akui Sepakat Untuk Tidak Lagi Menunjukkan Kemesraan Di Media Sosial

 

“Sebenarnya saya tak tahu hujung pangkal daripada mana cerita ini bermula. Kawan-kawan mesej saya tanya hubungan dengan Fattah okay ke tak. Saya faham peminat nak ambil berat sebab sudah lama tak nampak kami bersama,” katanya.



Mengulas mengenai dakwaan bahawa hubungan mereka bermasalah kerana sudah lama tidak kelihatan bersama dalam media sosial, Fazura menjelaskan bahawa dia dan Fattah telah sepakat untuk tidak lagi mempamerkan kemesraan di media sosial sebagai tanda hormat terhadap isu Palestin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”


“Saya faham peminat ambil berat sebab sudah lama tak nampak kami bersama. Jujurnya, saya memang hadkan ‘posting’ mempamerkan kemesraan dalam media sosial. Saya sangat terkesan melihat penderitaan rakyat Palestin. Jadi, saya rasa tak perlulah tunjuk kebahagiaan bersama keluarga dalam media sosial,” katanya.



Fazura juga menjelaskan bahawa dia turut menghadkan perkongsian gambar anak mereka, Nur Fatima Aisya, kerana perasaan yang sama. Bagaimanapun, aktres tersebut mempunyai satu akaun media sosial khas dan ‘private’ untuk berkongsi kehidupan peribadinya.

“Saya ada satu lagi akaun lain dan di situ sesiapa yang mengikutinya boleh lihat foto kami bersama. Boleh juga nampak perkembangan kami,” tambahnya.

Sebelum ini, tanpa sebarang angin atau ribut, media sosial heboh dengan dakwaan bahawa hubungan Fazura dan Fattah kini sedang dilanda badai. Spekulasi tersebut timbul apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi saling meninggalkan komen atau tanda suka di media sosial.

Fazura Dan Suami Akui Sepakat Untuk Tidak Lagi Menunjukkan Kemesraan Di Media Sosial



 

Kisah rumah tangga mereka juga menjadi perbincangan di sebuah laman sembang, di mana pandangan tersendiri mengenai keadaan rumah tangga pasangan itu dikongsikan.

Ada juga yang mempertahankan pasangan selebriti tersebut dengan mengatakan bahawa mereka tidak perlu mempamerkan kebahagiaan di media sosial.

Fazura Dan Suami Akui Sepakat Untuk Tidak Lagi Menunjukkan Kemesraan Di Media Sosial



 

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.

Fazura Dan Suami Akui Sepakat Untuk Tidak Lagi Menunjukkan Kemesraan Di Media Sosial

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Mesej Joe Biden Kepada Mahathir, Muhyiddin Dan Hadi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button