Firefly tawar tiket menarik ke Pulau Pinang, Kota Kinabalu
Pesawat Boeing 737-800 Firefly.
Kuala Lumpur: Firefly, anak syarikat Malaysia Aviation Group (MAG), mengumumkan pelancaran operasi jetnya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang (SZB), dengan jualan tiket yang menarik bermula 22 Julai 2024 ke Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
Penumpang boleh menikmati tambang promosi antara Subang ke Pulau Pinang (PEN) dan Kota Kinabalu (BKI) masing-masing pada RM129 dan RM249 semua dalam sehala, untuk perjalanan antara 29 Ogos 2024 dan 6 Ogos 2025. Tambang ini termasuk 10kg bagasi daftar masuk, 7kg bagasi kabin dan minuman percuma dalam pesawat.
Operasi ke Pulau Pinang dan Kota Kinabalu akan menampilkan penerbangan pergi balik setiap hari menggunakan pesawat Boeing 737-800 Firefly, dilengkapi 189 tempat duduk Kelas Ekonomi, menampilkan tempat duduk kulit mewah ergonomik, pemegang peranti peribadi, dan soket kuasa USB jenis A dan C untuk kegunaan tetamu.
Dengan pengenalan perkhidmatan ini, Firefly terus meningkatkan kehadirannya di SZB, dengan lebih 2,100 penerbangan mingguan ke lapan destinasi, menggabungkan kedua-dua pesawat jenis turbopropeller dan jet.
Pengarah Urusan Kumpulan Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG), Datuk Kapten Izham Ismail berkata, pengenalan operasi jet Firefly dari Subang mewakili peningkatan strategik kepada rangkaian Firefly.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mana Pergi Mahathir Dan Muhyiddin Ketika Istiadat Pertabalan Agong, Tak Di Jemput Ker?
- Isu Qunut Nazilah Di Dewan Rakyat: Agamawan Tidak Setuju Tapi Pemimpin PAS Pertahankan
- Jailani Khamis Berhadapan Saman RM100 Juta Dan Hilang Kerusi DUN Rembia
Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”
“Ia melengkapkan perkhidmatan ATR72 sedia ada dan memastikan sambungan tidak terganggu.
“Kami ingin meyakinkan penumpang bahawa jadual ATR72 semasa kami akan kekal tidak terjejas,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, inisiatif ini menyerlahkan komitmen MAG untuk memperluaskan pilihan perjalanan dan mengukuhkan ketersambungan merentasi rangkaian.
“Operasi jet itu akan melengkapkan lagi perkhidmatan sedia ada sebanyak sembilan kali sehari ke Pulau Pinang oleh ATR72, menjadikan jumlah penerbangan antara Pulau Pinang dan Subang kepada 10 kali setiap hari.
“Selain itu, ia juga mengukuhkan komitmen Firefly terhadap ketersambungan termasuk operasi eksklusif ke Lapangan Terbang Seletar (XSP), menawarkan kemudahan dan alternatif yang diperkemas kepada Lapangan Terbang Changi,” katanya.
Baru-baru ini, Firefly memperkenalkan perkhidmatan baharu pilihan ‘FY Neighbour-Free Seat’ untuk laluan terpilih, membolehkan penumpang menempah sehingga dua tempat duduk kosong bersebelahan untuk menambah keselesaan.
Penumpang boleh membida tempat duduk yang tersedia melalui portal khusus sehingga 72 jam sebelum penerbangan berlepas.
Pesawat Boeing 737-800 Firefly.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkin Pihak Pendakwaan Perlukan 20 Tahun Bukan 2 Tahun Untuk Nyah Klasifikasi Dokumen Kes CBT DS Najib
- UMNO Dan PAS, Jadi Atau Tidak Rujuk Semula
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :