Mawar Rashid Mahu Kunci Mulut Mengenai Bekas Suaminya
Takut Boleh Jadi Punca Atau Permasalahan Lain
Mawar Rashid Mahu Kunci Mulut Mengenai Bekas Suaminya
Pelakon Mawar Rashid baru-baru ini berkongsi perasaannya tentang perjalanan hidupnya selepas berpisah dengan bekas suami, Raf Yaakob, serta sokongan yang diterimanya.
Ketika ditanya mengenai peranan Raf dalam membantu mengatasi masalah ‘anxiety’ yang dihadapinya, Mawar, 29, menekankan bahawa mereka berdua sedang berusaha yang terbaik demi anak-anak mereka.
“Buat masa sekarang, kami cuba yang terbaik. Itu saja saya boleh cakap. Kalau saya hendak ulas lebih mengenai bekas suami, takut boleh jadi punca atau permasalahan lain pula,” kata Mawar, yang nama penuhnya ialah Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid.
Mawar menyatakan bahawa dia dan Raf kini lebih selesa fokus kepada tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa dalam membesarkan anak-anak mereka untuk masa depan yang lebih baik.
“Apa yang berlaku antara saya dan bekas suami, saya lebih selesa untuk cuba elakkan memberi komen sebab kami ada anak-anak yang masih kecil dan bekas suami juga adalah bapa mereka. Jadi, saya pilih untuk elakkan apa-apa (komen) yang tidak baik atau mengulas lanjut mengenai dia dalam segala hal pun,” ujarnya.
Mawar dan Raf, atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob, pernah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mana Pergi Mahathir Dan Muhyiddin Ketika Istiadat Pertabalan Agong, Tak Di Jemput Ker?
- Isu Qunut Nazilah Di Dewan Rakyat: Agamawan Tidak Setuju Tapi Pemimpin PAS Pertahankan
- Jailani Khamis Berhadapan Saman RM100 Juta Dan Hilang Kerusi DUN Rembia
Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”
Namun, mereka berpisah pada November tahun lalu selepas enam tahun hidup bersama. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 5; Raden Seri Rosabella Cinta, 3; dan Raden Seri Riyanna Sayang, 1, yang kini dijaga bersama-sama.
Berbicara mengenai kehidupannya sebagai ibu tunggal, Mawar berkata dia masih dalam proses menyesuaikan diri dengan tanggungjawab besar yang perlu digalas.
“Setakat ini segala urusan lancar dan masih baik. Tetapi, saya tetap mencuba lagi untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Saya tetap perlu mencubanya untuk jadi yang terbaik demi anak-anak,” katanya.
Menurut Mawar, ujian dan cabaran yang dilaluinya memberi peluang untuk belajar dan memperkukuhkan dirinya.
“Saya juga sebenarnya percaya dengan adanya fasa dan ujian seperti ini (dalam hidup) beri peluang saya belajar. Kalau saya tak lalui semua ini, pasti tidak akan kuat seperti sekarang. Alhamdulillah, Allah sudah susun cantik semuanya,” tambahnya.
Mawar Rashid Mahu Kunci Mulut Mengenai Bekas Suaminya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkin Pihak Pendakwaan Perlukan 20 Tahun Bukan 2 Tahun Untuk Nyah Klasifikasi Dokumen Kes CBT DS Najib
- UMNO Dan PAS, Jadi Atau Tidak Rujuk Semula
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :