Mungkin Pihak Pendakwaan Perlukan 20 Tahun Bukan 2 Tahun Untuk Nyah Klasifikasi Dokumen Kes CBT DS Najib
Mungkin Pihak Pendakwaan Perlukan 20 Tahun Bukan 2 Tahun Untuk Nyah Klasifikasi Dokumen Kes CBT DS Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan DNAA pasukan pembelaan untuk kes CBT DS Najib yang membabitkan dana sebanyak RM6.6 bilion.
Keputusan di ambil selepas pihak pendakwaan memaklumkan mereka masih belum berjaya menyahklasifikasikan banyak lagi dokumen perbicaraan.
Hakim perbicaraan, Muhammad Jamil Hussin membenarkan pengosongan beberapa tarikh perbicaraan dan mengarahkan perbicaraan disambung semula pada 14 November ini.
Ia untuk membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan kebenaran daripada tiga kementerian dan kabinet untuk menyahklasifikasi dokumen tersebut dan menyerahkannya kepada pasukan pembelaan.
Sebelum ini, mahkamah membenarkan beberapa penangguhan.
Ia berikutan pasukan pembelaan masih belum menerima dokumen yang diperlukan untuk pembelaan kedua-dua tertuduh.
Peguambela Muhammad Farhan dan K Kumaraendran, yang mewakili DS Najib dan Irwan, memohon DNAA untuk anak guam mereka.
Ianya adalah kerana pihak pendakwaan masih belum memberikan dokumen itu sejak kedua-dua mereka didakwa pada Mei 2018.
“Apa yang mengganggu saya ialah pihak pendakwaan menyebut pada 2020 mereka bersedia untuk meneruskan perbicaraan.”
“Tetapi tiada usaha untuk menyahklasifikasikan dokumen itu sejak beberapa tahun lalu.”
“Mereka memberi sedikit demi sedikit dan bukannya bersikap adil kepada anak guam saya.”
“Demi keadilan, kami mahu DNAA,” tegas Kumaraendran.
Tahniah Kepada Jabatan Peguam Negara
Tahniah kepada Jabatan Peguam Negara kerana telah menjadikan kes CBT DS Najib sebagai kes terpanjang di dunia.
DS Najib dan Irwan telah didakwa pada 4 Julai 2018.
6 tahun dari tarikh pendakwaan sehingga ke hari ini, ianya masih lagi di peringkat pengurusan dokumen dan belum dibicarakan.
Keudian pihak pendakwaan memaklumkan telah bersedia dengan perbicaraan pada tahun 2020.
Tetapi hingga ke hari ini, dokumen pendakwaan masih lagi belum lengkap atas alasan belum dapat dinyah klasifikasikan dokumen tersebut.
Dari tahun 2018 hingga ke hari ini, sudah 4 orang perdana menteri bertukar dan sudah 3 orang Peguam Negara bertukar.
Tapi hingga hari ini dokumen tersebut masih gagal dinyahklasifikasikan.
Penulis teringat di era Ismail Sabri, dokumen siasatan task force Tommy Thomas telah dinyahklasifikasikan hanya dalam tempoh beberapa bulan.
Seperti slogan yang pernah popular di era Dr Mahathir, Malaysia Boleh.
Mungkin Pihak Pendakwaan Perlukan 20 Tahun Bukan 2 Tahun Untuk Nyah Klasifikasi Dokumen Kes CBT DS Najib
Di Syorkan Untuk Anda:
- Mana Pergi Mahathir Dan Muhyiddin Ketika Istiadat Pertabalan Agong, Tak Di Jemput Ker?
- Isu Qunut Nazilah Di Dewan Rakyat: Agamawan Tidak Setuju Tapi Pemimpin PAS Pertahankan
- Jailani Khamis Berhadapan Saman RM100 Juta Dan Hilang Kerusi DUN Rembia