Olimpik Paris: Bintang muda Brazil buru pingat

Olimpik Paris: Bintang muda Brazil buru pingat

Olimpik Paris: Bintang muda Brazil buru pingat
LEAL memiliki fizikal yang lebih baik untuk membantunya memberikan aksi terbaik di Paris dalam usaha memburu pingat kedua Olimpik. – AFP

PARIS – Bintang papan selaju dari Brazil, Rayssa Leal bersedia untuk membuat penampilan keduanya di pentas Sukan Olimpik selepas pernah mencatat kejayaan dengan meraih pingat perak dalam acara yang sama di Olimpik Tokyo 2020.

Leal menjadi salah seorang atlet termuda dalam sejarah Olimpik yang berjaya meraih pingat pada usia 13 tahun pada edisi sebelum ini.

Bintang muda berusia 16 tahun itu yang memiliki fizikal yang lebih tinggi dan tegap selepas menjalani sesi latihan intensif di gimnasium menganggap perubahan fizikal itu sebagai satu kelebihan untuk membantunya beraksi dengan baik.



“Saya melihatnya sebagai evolusi yang jauh lebih besar daripada Tokyo. Kerana banyak yang telah berlaku sejak Tokyo, melihat evolusi saya sebagai seorang individu, betapa saya telah berkembang,” kata Leal.

Teknik-teknik yang dulunya kelihatan di luar jangkaan kini sudah mampu dilakukan Leal dan telah membuktikan kehebatannya melalui kemenangan di Kejohanan Dunia Street Sharjah 2022 dan Siri Kelayakan Olimpik di Shanghai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”




Kini, Leal bukan sahaja menjadi ikon untuk papan selaju selepas mempamerkan prestasi cemerlang kebelakangan ini, malah dengan gayanya yang unik telah menarik minat jenama fesyen dan selebriti.

Sebagai rekod, Leal mula dikenali selepas sebuah videonya menarik perhatian legenda papan selaju, Tony Hawk yang berkongsi video tersebut di media sosial sekali gus menjadi titik tolak utama baginya untuk meraih pengiktirafan dalam dunia papan selaju. – AGENSI

 

Olimpik Paris: Bintang muda Brazil buru pingat

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mesej Joe Biden Kepada Mahathir, Muhyiddin Dan Hadi

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button