Piastri cipta kejutan takluk GP Hungary

Piastri cipta kejutan takluk GP Hungary

Piastri cipta kejutan takluk GP Hungary
PIASTRI berjaya meraih kemenangan pertama dalam kariernya selepas menjuarai GP Hungary awal pagi tadi. – AFP

BUDAPEST – Pelumba Australia, Oscar Piastri mengakui kejayaan di Grand Prix (GP) Hungary lewat malam kelmarin melengkapkan impian kanak-kanaknya untuk menaiki podium kemenangan sulungnya pada perlumbaan Formula Satu (F1).

Pada saingan tersebut, McLaren mencipta kemenangan sensasi dengan melakar kemenangan 1-2 apabila Lando Norris turut cemerlang menaiki podium di Litar Hungaroring mengatasi pelumba Mercedes, Lewis Hamilton di tempat ketiga.

Pelumba Red Bull, Max Verstappen terus dirundum kecewa apabila gagal menempah kemenangan selepas terlibat dalam pelanggaran dengan Hamilton dan terpaksa berpuas hati mengakhiri perlumbaan di tempat kelima.



“Hari yang sangat istimewa untuk saya. Ini adalah hari yang saya impikan sebagai seorang kanak-kanak untuk berdiri di tangga teratas podium F1.

“Agak rumit pada penghujungnya tetapi saya meletakkan diri saya pada kedudukan yang betul pada permulaan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”




Dalam pada itu, Piastri mengakui dia tidak terpengaruh dengan ‘pertengkaran’ terutama arahan pasukan yang menuntut rakan sepasukannya, Norris memperlahankan jentera.

“Sudah tentu agak gementar tetapi ia dilaksanakan dengan baik oleh pasukan dan ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan.

“Dengan strategi berbeza yang kami ada, rentak saya mungkin tidak sepantas yang dimahukan pada aksi terakhir, tetapi saya masih berada dalam kedudukan yang betul untuk merealisasikan impian ini,” katanya.

Piastri cipta kejutan takluk GP Hungary




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mesej Joe Biden Kepada Mahathir, Muhyiddin Dan Hadi

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button