Siti Nurhaliza Bakal Taja Pasangan Untuk Program IVF Bagi Yang Belum Mempunyai Zuriat [VIDEO]

Cetus Pujian Ramai!

Siti Nurhaliza Bakal Taja Pasangan Untuk Program IVF Bagi Yang Belum Mempunyai Zuriat [VIDEO]

Siti Nurhaliza Bakal Taja Pasangan Untuk Program IVF Bagi Yang Belum Mempunyai Zuriat [VIDEO]

Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.



“Perkahwinan Lebih 5 Tahun & Belum Mempunyai Zuriat, Layak Memohon”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @nurjiwafoundation yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 53 ribu, tanda suka sebanyak 1,710 dan sebanyak 70 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang memberi tahu bahawa Yayasan Nurjiwa memilih senarai pendek pemohon iaitu 20 orang untuk mereka membuat pemeriksaan di AlHaya.

Daripada 20 ini pihak alhaya yang akan tentukan pemohon mana yang mempunyai peluang yang tinggi untuk menjalani IVF berdasarkan keputusan pemeriksaan. Hanya 3 pemohon sahaja yang akan terpilih untuk mendapat tajaan tersebut.

@nurjiwafoundation



Assalamualaikum, kami ingin berkongsi berita gembira kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan masih belum mempunyai zuriat untuk menyertai Program IVF Nurjiwa. Anda boleh semak kelayakan seperti berikut: Kriteria Kelayakan: – Warganegara – Pendapatan bulanan bersama tidak melebihi RM6000 – Tempoh perkahwinan melebihi 5 tahun – Umur isteri hendaklah 36 tahun kebawah – Lulus pemeriksaan kesuburan di Alhaya Fertility Centre (Kos pemeriksaan adalah tanggungan sendiri) Permohonan adalah terhad kepada 20 pasangan terawal sahaja. Daftar sekarang di: [https://forms.gle/AofVeCKGwhdQPgVJA] #YayasanNurjiwa #IVFNurjiwa #SempurnakanSebuahCinta #AlhayaFertilityCentre

♬ original sound – Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza

Rata-rata netizen terpegun melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa program yang dibuat oleh Tokti bersama suaminya dibawah yayasan tersebut akan memberi sinar dalam kehidupan pasangan yang kurang berkemampuan dan masih belum dikurniakan zuriat.

Siti Nurhaliza Bakal Taja Pasangan Untuk Program IVF Bagi Yang Belum Mempunyai Zuriat [VIDEO]

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mesej Joe Biden Kepada Mahathir, Muhyiddin Dan Hadi

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button