Sudan Selatan hampir calar maruah AS
Sudan Selatan hampir calar maruah AS
LONDON – Pasukan bola keranjang Sudan Selatan hampir mencipta kejutan besar ke atas gergasi dunia, Amerika Syarikat (AS) yang dibarisi bintang-bintang dunia sebelum tumpas 100-101 dalam aksi pemanas badan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
Penjaring terbanyak Liga Bola Keranjang Kebangsaan (NBA), LeBron James, 39, mencatat 25 mata tertinggi dalam perlawanan itu termasuk menyumbat mata penentuan kemenangan buat AS ketika aksi berbaki lapan saat sebelum tamat di O2 Arena, London kelmarin.
Sudan Selatan mengungguli pada separuh masa pertama dengan kelebihan 58-44 apabila sebelum James bangkit menyelamatkan keadaan bagi mengelak AS daripada mengalami kejutan besar dalam sejarah bola keranjang antarabangsa.
“Sudan Selatan amat mengagumkan, saya tidak melakukan tugas hebat untuk mempersiapkan pasukan. Kami tidak cukup fokus mengenai keupayaan mereka dan ia salah saya. Saya fikir ia benar-benar membolehkan Sudan Selatan meraih keyakinan pada awal aksi.
“Pengalaman yang baik untuk kami. Peringatan yang baik bahawa apabila kami bermain melawan pasukan lain, itu adalah pengalaman terbesar dalam hidup mereka dan kami harus menjangkakan semua orang akan bermain seperti itu,” kata jurulatih AS, Steve Kerr.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mana Pergi Mahathir Dan Muhyiddin Ketika Istiadat Pertabalan Agong, Tak Di Jemput Ker?
- Isu Qunut Nazilah Di Dewan Rakyat: Agamawan Tidak Setuju Tapi Pemimpin PAS Pertahankan
- Jailani Khamis Berhadapan Saman RM100 Juta Dan Hilang Kerusi DUN Rembia
Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”
J.T. Thor yang beraksi untuk pasukan NBA, Charlotte Hornets bagi tiga musim terakhirnya, melakukan lontaran tiga mata ketika perlawanan berbaki 20 saat untuk membolehkan Sudan Selatan mendahului 100-99.
Hasrat untuk merakam kemenangan bersejarah buat Sudan Selatan tidak menjadi kenyataan apabila James membuktikan kualiti dan pengalamannya dengan memastikan kemenangan AS.
AS akan berdepan Sudan Selatan sekali lagi dalam saingan peringkat kumpulam pada temasya Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan pada 31 Julai ini di Lille, Perancis – AGENSI
Sudan Selatan hampir calar maruah AS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkin Pihak Pendakwaan Perlukan 20 Tahun Bukan 2 Tahun Untuk Nyah Klasifikasi Dokumen Kes CBT DS Najib
- UMNO Dan PAS, Jadi Atau Tidak Rujuk Semula
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :