UMNO Dan PAS, Jadi Atau Tidak Rujuk Semula

UMNO Dan PAS, Jadi Atau Tidak Rujuk Semula

UMNO Dan PAS, Jadi Atau Tidak Rujuk Semula

 

Mungkinkah UMNO dan PAS akan kembali bekerjasama sebagai satu pasukan?

Kalau di ambil kira dari sudut kedinamika politik, ianya adalah sesuatu yang tidak mustahil.



Dalam politik, segala satu kemungkinan boleh berlaku dan pemangkinnya adalah sikap hipokrit pemain politik itu sendiri.

Hari ini bersalaman dan berpelukan di atas pentas, tetapi besok sudah saling mengecam dan mencaci kerana sudah menjadi seteru.

Berdekad lamanya UMNO dan DAP bermusuhan, tetapi hari ini mereka berkejasama dalam satu pasukan.

Begitu juga dengan PAS, berdekad-dekad mereka bermusuhan dengan DAP, tetapi kemudiannya mempertahankan DAP apabila pernah bekerjasama dalam satu pakatan.



Sejarah hubungan politik antara UMNO dan PAS juga menarik.

PAS sebenarnya berasal dari parti UMNO.

Tetapi kerana perbezaan pendapat di antara beberapa orang pemimpin UMNO ketika itu, telah menyebabkan mereka keluar dari UMNO dan menubuhkan parti PAS.

Selepas itu, UMNO dan PAS saling bermusuhan.



Keji mengeji, kecam mengecam di antara pemimpin mereka berpanjangan hingga berdekad-dekad.

Tetapi akhirnya bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain ketika wujud kerjasama dalam Muafakat Nasional.

Namun begitu, sekali berlaku perselisihan antara pemimpin dan bermusuhan kembali hingga ke hari ini.

PAS Anggap Bincang Kedai Kopi Sebagai Perbincangan Pemimpin Tertinggi

 



Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari, berkata wujud perbincangan tidak formal antara pemimpin UMNO dan PAS bagi membincangkan kerjasama kedua-dua parti

“Ia perbincangan itu ada dan ia bukan satu gerakan.”

“Tetapi lebih kepada harapan.”

“Ia membabitkan pemimpin utama.”



“Dan dalam pertemuan itu, mereka mengharapkan agar kerjasama bersama dengan PAS dapat bersatu kembali, cuma mereka tidak berani ingin melawan apa yang diputuskan Presiden UMNO.”

“Malah, mereka juga berharap Presiden UMNO berubah sikap.”

“Kerana perubahan, visi misi yang cuba dibawa oleh Presiden UMNO itu tidak sampai ke peringkat bawah.”

“Ini luahan mereka termasuk kepada saya sendiri,” katanya.



Tetapi Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi menafikan adanya perbincangan antara UMNO dan PAS.

“Saya Setiausaha Agung UMNO pun tak tahu, kalau nak berbincang ia berbincang dengan kepimpinan.”

“Macam saya dengar pemimpin PAS bincang dengan Pakatan Harapan (PH) pun boleh berbincang,” jelas beliau.

Dari kenyataan Fadhli Shaari, jelas perbincangan yang beliau dakwa sebagai perbincangan pemimpin tertinggi sebenarnya adalah perbincangan kedai kopi.

Tidak mustahil UMNO dan PAS boleh berkerjasama semula, tetapi selepas kepimpinan tertinggi PAS yang ada sekarang ini sudah tiada.

Kerana apa yang mereka lakukan terhadap UMNO adalah sesuatu yang sangat menyakitkan.

Mungkin UMNO can forgive but cannot forget.

 

UMNO Dan PAS, Jadi Atau Tidak Rujuk Semula

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button