PAS masih teringin bersama UMNO. tapi UMNO tidak mahu ditpu lagi
Oleh Adam Malik
Desas desus konon nya ada pertemuan sulit secara tidak rasmi antara pemimpin umno dan PAS bagai didakwa oleh seorang pemimpin PAS,sebenar nya hanya berita palsu.
UMNO sekali kali tidak akan mahu bersama PAS kerana pernah ditipu dan dikhianati oleh PAS pada Muafakatan Nasional 1.0 sebelum ini.
Pada MN 1.0 yang lalu, PAS secara sulit telah membuat rundingan bersama musuh UMNO yakni Parti Bersatu.
Sepatutnya PAS merujuk UMNO atau pergi berunding dengan parti Bersatu bersama UMNO atau setelah berunding dengan UMNO.
Tetapi tidak, PAS telah membuat rundingan sulit terlebih dahulu tanpa pengetahuan UMNO.
UMNO pula tanpa merasakan bahawa PAS sebagai pihak yang akan menipu telah bersikap “gentleman” untuk setuju.
Tanpa pengetahuan UMNO, PAS telah ada rencana sulit bersama Parti Bersatu untuk berpakat menghancurkan UMNO.
Pada awal lagi PAS telah berhasrat untuk meminta beberapa kerusi UMNO untuk mereka tandingi.
Ini adalah sebahagian dari strategi untuk perangkap UMNO.
Niat PAS apabila kerusi milik PAS dan Bersatu dijumlahkan maka UMNO akan di “outnumbered” kan pada jumlah kerusi total PAS bersama Bersatu dan UMNO akan jadi minoriti dalam MN.
Itu lah niat Bersatu dan PAS.
Selain itu, ketika wujud MN 1.0 Kedua Bersatu dan PAS telah mengenakan beberapa syarat kepada UMNO.
Antara nya hanya pemimpin tertentu dari UMNO sahaja boleh menjadi Menteri.
Lalu yang terpilih hanya golongan pengkhianat UMNO sahaja yang mewakili UMNO dalam kabinet.
Presiden UMNO Ahmad Zahid disisih malah disuruh berundur kerana ada kes mahkamah yang direka oleh Tun Mahathir.
Jika begitu telah terjadi, patut lah PAS seronok mahu UMNO kembali kemeja rundingan.
Noh Omar dan Tan Sri Annuar Musa antara yang seronok jika ada MN 2.0.
PAS pernah merasai kuasa sekejap dan jadi Menteri,hatta ketagih ingin merasainya lagi.
Itu lah sebab beberapa kali cadang untuk UMNO sertai MN 2.0.
Menurut Ahmad Zahid baru baru ini, UMNO tidak akan terjerumus lagi dengan kedua parti yang tidak pernah jujur kepada UMNO.
Tambah lagi dibelakang mereka ada Tun Mahathir yang tidak henti henti merencana untuk menghancurkan UMNO demi tujuan kepentingan peribadinya.
Menurut Datuk Ahmad Zahid mungkin UMNO akan kembali kemeja rundingan jika beberapa individu seperti Haji Hadi dan Muhyiddin Yassin undur diri dan tiada apa apa jawatan dalam parti masing masing.
Namun, ia sekadar mungkin sahaja kerana UMNO tidak mahu dipatuk oleh ular yang sama dilubang yang sama sekali lagi.
Jika ada apa lagi niat PAS mahu ajak UMNO sertai MN 2.0, ia perlu dengan syarat syarat yang UMNO akan tentukan.
Ini kerana sebelum ini, UMNO pula yang jadi tebusan MN dan ikut kehendak Muhyiddin dan PAS.
Kluster pengkhianat UMNO seperti Annuar Musa juga harus serah pendaftaran MN kepada sekretariat dan Annuar Musa harus berundur dari MN 2.0.
Semua pihak dalam MN mesti putus hubungan dengan Tun Mahathir.
Ini supaya Mahathir tidak dapat ganggu dan kacau MN lagi.
Akhir sekali, ini mungkin syarat nya, tapi sama ada UMNO akan melayan hasrat PAS belum tentu juga kerana PAS tiada prinsip dan juga tidak boleh dipercayai , amat merbahaya berurusan dengan PAS.