Warga emas rentung rumah terbakar
Warga emas rentung rumah terbakar

PENAMPANG: Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Babagon, di sini pagi tadi.
Mayat Liew Ah Ngou, 68, yang menghidap serangan angin ahmar dan tinggal bersendirian ditemui selepas api berjaya dipadamkan pasukan bomba dan penyelamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tinggalan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.07 pagi.
“Pasukan operasi terpaksa berjalan kaki melalui jambatan gantung untuk menyeberangi sungai ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini..
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton, berkata berdasarkan siasatan awal, pihaknya tidak mengesan sebarang unsur jenayah.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.
Warga emas rentung rumah terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Undi PAS dapat Mahathir, apa kata Peneroka Felda?
- Radzi Jidin tidak perlu gelabah, ikut sahaja teladan Najib dan Zahid
- Masalah Beras Boleh Meruntuhkan Kerajaan Perpaduan
- Peluang Kerajaan Perpaduan Dapatkan Kembali Majoriti 2/3
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :