Anak Bossku Nafi Adakan Perbincangan Dengan Pemimpin PN

Anak Bossku Nafi Adakan Perbincangan Dengan Pemimpin PN

Anak Bossku Nafi Adakan Perbincangan Dengan Pemimpin PN

 

Anak sulung DS Najib, Mohamad Nizar, menafikan spekulasi mendakwa dia bertemu pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pahang.

Pertemuan dongeng seperti yang  tular di media sosial itu tidak pernah berlaku sama sekali.



Dan beliau tidak akan berkomplot untuk mengkhianati parti yang keluarganya perjuangkan.

“Ayahanda Dato Sri Najib selalu berpesan walau bagaimana susah pun keadaan kita agar setia kepada parti.”

“Mana mungkin saya akan berkomplot untuk mengkhianati parti yang keluarga saya perjuangkan bersama-sama orang Umno yang lain sejak ia ditubuhkan.”

“Mana mungkin saya akan membelot untuk khianati kerajaan negeri Pahang yang diterajui oleh Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail.”



“Beliau seorang pemimpin yang saya amat kasihi dan hormati.”

“Saya bukan seorang katak politik yang sanggup gadaikan prinsip dan maruah serta menjualkan diri kepada mana-mana pembida yang tinggi.”

“Oleh itu cukup-cukuplah sebarkan fitnah untuk keuntungan politik murahan.”

“Mesejnya jelas.”



“Saya kekal setia bersama UMNO Barisan Nasional dan kerajaan negeri Pahang yang ada sekarang,” tegas beliau.

Pada pandangan penulis, motif utama fitnah yang dilemparkan terhadap anak Bossku adalah jelas.

Musuh UMNO mahu menanamkan kecurigaan kepimpinan UMNO peringkat negeri dan pusat terhadap Nizar.

Apabila ini berlaku, kepimpinan UMNO pasti akan mengambil tindakan tegas terhadap Nizar.



Ini sudah pasti akan menimbulkan kemarahan DS Najib.

Dan mereka berharap ketika itu DS Najib memberikan isyarat supaya orang Melayu tidak lagi menyokong UMNO dan beralih kepada Perikatan Nasional.

Itulah tujuan mereka yang sebenarnya.

Sebab itu panah fitnah ditujukan terus kepada Nizar dan bukannya EXCO dan ADUN Pahang yang lain.



 

Anak Bossku Nafi Adakan Perbincangan Dengan Pemimpin PN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button