Bunuh, bakar kekasih hamil: Tempoh pemerhatian mental tertuduh dilanjutkan

Oleh – Syeikh Baran


Bunuh, bakar kekasih hamil: Tempoh pemerhatian mental tertuduh dilanjutkan
Mohamad Nor menerangkan perkembangan prosiding kes itu kepada petugas media di Mahkamah Tinggi Klang, hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF

Mahkamah Tinggi di sini, memberi tempoh lanjutan kepada Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak bagi pemerhatian kesihatan mental seorang pemuda yang didakwa membunuh kekasih hamilnya, tahun lalu.

Timbalan Pendaftar, Mohd. Hirman Ab. Raub berkata, mahkamah dimaklumkan bahawa laporan psikiatri tertuduh,
Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 21, belum disediakan hospital tersebut.



“Laporan psikiatri itu belum tersedia dan mahkamah memberi tempoh lanjutan sehingga 13 Ogos depan. Tarikh perbicaraan bergantung kepada laporan yang akan diserahkan nanti,” katanya.

Sebutan bagi keputusan laporan psikiatri tertuduh ditetapkan pada 14 Ogos depan.

Pada prosiding sebutan kes itu, Timbalan Pendakwa Raya Farah Aqilah Ahmad Fuad turut menyerahkan sebahagian laporan dan dokumen kes berkenaan kepada peguam Muhammad Nor Tamrin.

Pemerhatian Kosmo! mendapati Muhammad Fakrul tidak menghadiri prosiding itu kerana masih menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.



Mengikut pertuduhan, Muhammad Fakrul didakwa melakukan kesalahan bunuh terhadap seorang wanita berusia 21 tahun di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar di sini antara pukul 8.30 malam 22 Mei sehingga pukul 8 pagi 23 Mei tahun lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button