Ingatkan berani, askar pengsan lihat pocong

Oleh – Syeikh Baran


Ingatkan berani, askar pengsan lihat pocong
KECOH seorang askar pengsan selepas didakwa melihat pocong di Gorontalo. – Foto istimewa

Kecoh di media sosial tentang cerita seorang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) pengsan apabila melihat pocong di wilayah Gorontalo, lapor portal berita detikJogja kelmarin.

Bagaimanapun, pihak polis kemudian menafikan askar itu pitam selepas menyaksikan makhluk tersebut.



Berdasarkan klip video yang menjadi tular di media sosial, sejumlah penduduk berkumpul di sebuah rumah. 

Menurut seorang lelaki yang merakamkan video itu, seorang anggota TNI yang pengsan dipindahkan ke rumah tersebut. 

“Ini rumah kediaman ibu Tina (penduduk Tulabolo) tempat penempatan askar (TNI) yang melihat pocong dan pengsan,” katanya.

Namun, seorang ketua polis tempatan, Ahmad Fahri menafikan cerita itu.



“Cerita itu palsu (askar TNI pengsan). 

“Anggota tentera itu cuma kepenatan,” katanya. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button