Janji Yang Belum Di Tunaikan
Janji Yang Belum Di Tunaikan
Sudah hampir 2 tahun Kerajaan Perpaduan yang terhasil dari gabungan beberapa parti politik mendapat kuasa pemerintahan di Putrajaya.
Uniknya, ketika memasuki pilihanraya umum ke 15, setiap parti politik tersebut menghidangkan manifesto pilihanraya yang berbeza kepada rakyat.
Pakatan Harapan yang ditunjangi PKR, menjanjikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat melalui reformasi institusi dan memerangi rasuah.
Barisan Nasional pula, UMNO yang menjadi parti utama dalam gabungan 4 parti, menjanjikan pelbagai bantuan kepada rakyat untuk kehidupan yang lebih selesa.
Perjalanan pemerintahan Kerajaan Perpaduan selepas PRU 15 sudah hampir memasuki fasa kedua penggal parlimen ke 15.
Persoalannya, berapa banyak manifesto yang mereka janjikan untuk rakyat sudah dilaksanakan?
Kita memahami, kerajaan yang memerintah terdiri dari gabungan pelbagai parti.
Maka ada antara manifesto PRU 15 tersebut kontradik antara satu sama lain.
Tetapi sebaik sahaja berjaya ditubuhkan Kerajaan Perpaduan mengumumkan akan ada urus setia yang akan menilai manifesto daripada parti-parti yang ada di dalam Kerajaan Perpaduan.
Sudahkah urus setia tersebut diwujudkan dan sekiranya sudah diwujudkan, sejauh mana keberkesanannya?
Reformasi Institusi
Parti yang menjadi tunjang di dalam Pakatan Harapan, PKR, adalah parti yang paling vokal melaungkan reformasi institusi.
Antara perubahan yang dibuat Anwar Ibrahim ketika membentuk kabinet Kerajaan Perpaduan adalah menukar nama penjawat Menteri Undang Undang & Hal Ehwal Parlimen kepada Menteri Undang Undang & Reformasi Institusi.
Kita tidak mengharapkan reformasi yang dijanjikan telah mencapai tahap 100% waktu ini.
Juga kita memahami jeda waktu pemerintahan Kerajaan Perpaduan baru menjangkau setengah penggal.
Tetapi sudahkah ianya mencapai ke tahap sekurang-kurangnya 30%?
Reformasi institusi juga menjanjikan kepada rakyat tentang kedaulatan undang-undang.
Rakyat dijanjikan, undang-undang dan perlembagaan akan didaulatkan without fear or favour.
Sudahkah ianya dilakukan?
Mendiang Teoh Beng Hock telah mati dibunuh pada 16 Julai 2009.
Sudahkah misteri pembunuhan beliau dirungkaikan sepenuhnya dan sudahkah pembunuh beliau dipertanggungjawabkan?
Satu dunia mengenali Jho Low sebagai penjenayah utama di dalam skandal 1MDB.
Tetapi mengapa hingga ke hari ini, Jho Low masih lagi dibiarkan bebas menikmati duit haram tersebut di luar negara?
Reformasi Ekonomi
Ketika Pakatan Harapan berjaya merampas kuasa pemerintahan dari Barisan Nasional dalam PRU 14 pada tahun 2018, hutang luar negara ketika itu adalah RM686.8 bilion.
Pada tahun 2023, Anwar mengumumkan hutang luar negara sudah mencecah RM1.5 trilion!!!
Ini bermakna dalam masa 5 tahun kejatuhan kerajaan Barisan Nasional, hutang luar negara sudah menokok lebih dari 100%!!!
Dalam kenyataan yang sama Anwar juga mengumumkan dengan tegas, bahawa kerajaan pimpinan beliau tidak akan menambah hutang luar negara.
Tetapi menurut laporan Bank Negara Malaysia, sehingga April 2024 kerajaan sudah menambah hutang luar negara sebanyak RM59 bilion.
Itu tidak termasuk hutang yang telah dibuat bagi tahun kewangan 2023 sebanyak RM33.1 bilion.
Kehidupan rakyat makin terhimpit dengan kenaikan harga barang yang dilihat semakin tidak terkawal.
Hutang luar negara semakin bertambah.
Inikah reformasi ekonomi yang dijanjikan?
Bukan sahaja MB Johor, Onn Hafiz Ghazi, mengakui DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia terbaik, malah pemimpin DAP, Tony Pua, juga mengakuinya.
Janji Yang Belum Di Tunaikan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Mesej Joe Biden Kepada Mahathir, Muhyiddin Dan Hadi
- Mungkin Pihak Pendakwaan Perlukan 20 Tahun Bukan 2 Tahun Untuk Nyah Klasifikasi Dokumen Kes CBT DS Najib
- UMNO Dan PAS, Jadi Atau Tidak Rujuk Semula