Kenanga kekal unjuran pertumbuhan KDNK pada 4.5 – 5.0 peratus
Kenanga kekal unjuran pertumbuhan KDNK pada 4.5 – 5.0 peratus
Kuala Lumpur: Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhannya bagi 2024 pada 4.5 peratus hingga 5.0 peratus, dengan kecenderungan meningkat ke arah mencapai sasaran lebih tinggi.
Menurutnya ini dilaksanakan walaupun jangkaan awalan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi suku kedua 2024 adalah lebih kukuh berbanding jangkaan iaitu pada 5.8 peratus.
“Walaupun kami menjangkakan pertumbuhan stabil pada separuh kedua 2024, risiko penurunan adalah berterusan, terutama berpunca daripada sektor luar.
“Risiko ini termasuk potensi kelembapan dalam ekonomi maju berikutan kesan persekitaran kadar faedah lebih tinggi seperti yang dicerminkan dalam pasaran buruh yang semakin reda di Amerika Syarikat (AS),” katanya menerusi nota penyelidikan Economic Viewpoint semalam.
Kenanga berpandangan bahawa prestasi eksport kekal lemah dan bergantung kepada pemulihan ekonomi China dan prestasi ekonomi AS.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkin Pihak Pendakwaan Perlukan 20 Tahun Bukan 2 Tahun Untuk Nyah Klasifikasi Dokumen Kes CBT DS Najib
- UMNO Dan PAS, Jadi Atau Tidak Rujuk Semula
Menurutnya ketegangan geopolitik yang semakin meningkat, terutama kesan daripada krisis Laut Merah yang telah menyebabkan kesesakan di pelabuhan global dan kelewatan penghantaran, ketegangan baharu AS-China serta ketidaktentuan disebabkan pilihan raya global khususnya di AS, boleh memberi kesan kepada sentimen dan rantaian bekalan global, seterusnya menjejaskan prospek pertumbuhan.
Dari segi dalam negara, katanya pembaharuan fiskal kerajaan, khususnya rasionalisasi subsidi bahan api, boleh menjejaskan perbelanjaan pengguna, meskipun ia perlu untuk meningkatkan kedudukan fiskal negara dan membina semula penampan masa depan.
“Malah, kami terus menjangkakan permintaan domestik akan kekal sebagai penyokong utama trajektori pertumbuhan, memandangkan pasaran buruh yang stabil dan kesan positif daripada pengeluaran Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja selain peningkatan kedatangan pelancong yang berterusan,” katanya.
Kenanga turut menjangkakan pemulihan beransur-ansur dalam sektor perkilangan, terutama segmen berorientasikan eksport dan berkaitan teknologi berikutan kitaran meningkat teknologi, yang akan terus menyokong pertumbuhan domestik.
“Ini akan diperkukuhkan lagi dengan realisasi pelaburan asing dan domestik yang diluluskan sebelum ini,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mana Pergi Mahathir Dan Muhyiddin Ketika Istiadat Pertabalan Agong, Tak Di Jemput Ker?
- Isu Qunut Nazilah Di Dewan Rakyat: Agamawan Tidak Setuju Tapi Pemimpin PAS Pertahankan
- Jailani Khamis Berhadapan Saman RM100 Juta Dan Hilang Kerusi DUN Rembia
Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”
DOSM dalam kenyataan jangkaan awalan KDNK baru-baru ini berkata ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2024 (suku pertama 2024: 4.2 peratus), menjadikan pertumbuhan purata bagi separuh pertama 2024 kepada 5.0 peratus.
Kenanga berkata angka ini lebih tinggi berbanding unjurannya iaitu 5.1 peratus dan konsensus Bloomberg pada 4.7 peratus, dengan 16 menganggarkan pada julat 3.7 peratus hingga 5.1 peratus.
DOSM akan mengeluarkan prestasi KDNK suku kedua 2024 sebenar, yang dibahagikan kepada permintaan dan penawaran yang terperinci pada 16 Ogos, katanya.
Kenanga kekal unjuran pertumbuhan KDNK pada 4.5 – 5.0 peratus
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Masih Lagi Jejaka Yang Menjadi Idaman Parti Politik Berstatus Janda
- Janji Yang Belum Di Tunaikan
- BERSATU gagal jadikan “Blackrock” sebagai “1MDB”
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :