Olimpik Paris: Gabby sasar rekod dunia Flo-Jo
Olimpik Paris: Gabby sasar rekod dunia Flo-Jo
PARIS – Gabrielle Thomas yang merupakan pelari wanita keempat terpantas dunia dalam acara 200 meter (m) bertekad bukan sekadar memenangi emas di Sukan Olimpik Paris 2024 tetapi juga menyimpan hasrat untuk mencipta sejarah baharu.
Pelari pecut berusia 27 tahun itu mengejar rekod bersejarah Florence Griffith-Joyner (Flo-Jo) yang dicatat pada 1988 dengan hanya beberapa hari lagi menjelang pembukaan Paris 2024.
Dengan ketiadaan pemenang pingat emas Tokyo 2020, Elaine Thompson-Herah yang terpaksa menarik diri kerana kecederaan, membuka peluang buat Thomas mengungguli acara tersebut.
Thomas yang mesra disapa Gabby mempunyai catatan peribadi terbaik 21.60 saat (s), hanya ketinggalan 0.26s di belakang Flo-Jo yang memegang rekod 200m dunia dengan masa 21.34s.
Ketika ini, Thomas membuktikan dirinya pada tahap terbaik apabila memenangi acara 200m Liga Berlin di London pada Sabtu lalu dengan mengalahkan bintang Great Britain, Dina Asher-Smith dan Julien Alfred dari Saint Lucia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkin Pihak Pendakwaan Perlukan 20 Tahun Bukan 2 Tahun Untuk Nyah Klasifikasi Dokumen Kes CBT DS Najib
- UMNO Dan PAS, Jadi Atau Tidak Rujuk Semula
Thomas mencatat masa 21.82s sekali gus memecahkan rekod kejohanan yang sebelum ini dipegang oleh Thompson-Herah dengan catatan 22.10s yang bertahan selama sembilan tahun sejak 2015.
“Saya rasa sangat baik. Ia membuatkan saya berasa yakin menjelang Olimpik Paris selepas ini.
“Semua perkara dipertimbangkan dari perjalanan menaiki pesawat sehinggalah tiba di stadium bersama semua orang yang datang menyaksikan perlumbaan ini. Ia cukup luar biasa dan menjadi Liga Berlian kegemaran saya, ia sangat menyeronokkan,” kata Thomas. – AGENSI
Olimpik Paris: Gabby sasar rekod dunia Flo-Jo
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Masih Lagi Jejaka Yang Menjadi Idaman Parti Politik Berstatus Janda
- Janji Yang Belum Di Tunaikan
- BERSATU gagal jadikan “Blackrock” sebagai “1MDB”
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :